Individu Terlibat Bocor Kertas Soalan UPSR Dikenal Pasti

upsr-idris-jusoh

Menteri Pendidikan II, Datuk Idris Jusoh dalam sidang medianya hari ini dilaporkan telah mengenal pasti beberapa individu yang dipercayai terlibat membocorkan kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Namun, Idris menjelaskan bahawa identiti individu yang dianggap sebagai 'pengkhianat' tersebut tidak dapat didedahkan kepada media buat masa ini kerana masih dalam siasatan pihak Polis.

Manurut Idris lagi, hasil siasatan yang dilakukan oleh pihak Polis turut mengesan beberapa lokasi panas (hotspot) dipercayai terbabit dengan kes pembocoran kertas soalan UPSR.

Ketika menjawab pertanyaan wartawan berkenaan lokasi panas terlibat, Menteri Pendidikan II itu enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut kerana khuatir ia akan menggangu proses siasatan yang sedang dijalankan.

Katanya, Kementerian Pendidikan akan menubuhkan satu jawatankuasa bebas yang diwakili beberapa individu berprofil tinggi bagi meneliti semula dan menambah baik Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai pengendalian dan pengurusan peperiksaan awam.

Pada Khamis lepas, Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mengumumkan tarikh 30 September ini  sebagai  tarikh baru peperiksaan kertas soalan UPSR bagi Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dan kertas bagi subjek Sains 018, 028 dan 038.
Individu Terlibat Bocor Kertas Soalan UPSR Dikenal Pasti Individu Terlibat Bocor Kertas Soalan UPSR Dikenal Pasti Reviewed by Jom Kongsi on 12:51 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.