Ada Yang Kecewa Bila TMJ Pilih Khaleeda Jadi Suri Hidupnya

Penaung pasukan bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam telah menamatkan zaman bujangnya pada usia 30 tahun dengan memilih Cik Puan Khaleeda Bustamam sebagai suri hidupnya.

Majlis istiadat pertunangan, berbalas hantaran dan pernikahan telah disempurnakan dalam keadaan suasana meriah yang turut dihadiri oleh beberapa orang kenamaan dan kerabat diRaja Johor.

Kedua-dua pasangan mempelai yang mengenakan busana pengantin serba putih kelihatan anggun dan bergaya walau penampilan mereka berdua kelihatan simple dan bersahaja.

Majlis akad nikah kedua pasangan 'raja hari-hari' ini telah disempurnakan oleh Mufti Besar Johor, Sohibus Samahah Datuk Mohd Tahrir Samsudin. Kesemua majlis istiadat dilakukan mengikut adat Melayu dan DiRaja Johor dan istiadat ketenteraan.

Menurut sumber, majlis persandingan pasangan diRaja itu dijangka akan dilangsungkan pada jam 7.30 malam, 8 November ini di Istana Besar Johor.

tmj-nikah-infoanda

tmj-nikah-infoanda

tmj-nikah-infoanda

Kami di Infoanda.net mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat pengantin baru kepada TMJ dan isteri dengan iringan doa agar dipanjangkan usia perkahwainan, dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak yang ramai.
Ada Yang Kecewa Bila TMJ Pilih Khaleeda Jadi Suri Hidupnya Ada Yang Kecewa Bila TMJ Pilih Khaleeda Jadi Suri Hidupnya Reviewed by Jom Kongsi on 8:30 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.