Anwar Sifatkan Bajet 2015 Gagal Memenuhi Kehendak Rakyat

anwar-bajet-2015

Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim, menyifatkan keseluruhan Bajet 2015 yang dibentangkan kerajaan Barisan Nasional hari ini gagal meyakinkan rakyat mengenai janji untuk menguruskan kewangan negara dengan baik.

Anwar yang juga merupakan ahli Parlimen Permatang Pauh turut mendesak Kerajaan supaya memperkenalkan langkah yang sewajarnya bagi mengekang kenaikan harga barangan  selepas subsidi petrol dan diesel ditarik sedikit baru-baru ini.

Jelas Anwar lagi, pengecualian Cukai Barangan dan Pekhidmatan (GST) terhadap bahan api dan beberapa barangan lain yang diwar-warkan Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2015 hari ini dilihat tidak akan membantu meningkatkan ekonomi rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikkan kos sara hidup.
Lazada Malaysia

Ketika ditemui pemberita selepas tamat sesi pembentangan Bajet 2015 petang tadi, Anwar melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana pembentangan Bajet 2015 yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Najib Razak, tidak menyentuh langsung soal ketirisan, rasuah dan pemberian tander terbuka dalam beberapa kontrak besar yang berlaku dalam Kerajaan seperti yang didakawa oleh pemimpin Pembangkang sebelum ini.

Semasa pembentangan Bajet 2015 petang tadi, Perdana Menteri mengumumkan bahawa bahan api seperti petrol RON95, diesel dan LPG tidak akan dikenakan GST apabila sistem cukai baru ini dilaksana pada 1 April tahun depan.

Dalam sesi pembentangan itu juga, Kerajaan turut mengumumkan untuk menaikkan kadar penggunaan elektrik yang tidak dikenakan GST daripada 200 unit kepada 300 unit pertama yang akan memberi manfaat kepada 70 peratus isi rumah.
Anwar Sifatkan Bajet 2015 Gagal Memenuhi Kehendak Rakyat Anwar Sifatkan Bajet 2015 Gagal Memenuhi Kehendak Rakyat Reviewed by Jom Kongsi on 10:29 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.