Cara Memaksimakan Kecekapan Pengurusan Kewangan Peribadi

Pengurusan-Kewangan-Peribadi-info

Satu perkongsian idea dengan anda semua iaitu bagaimana cara untuk memaksimakan kecekapan pengurusan kewangan peribadi. Perkara ini penting memandangkan kos sara hidup yang semakin  meningkat menyebabkan nilai wang yang kita ada semakin menyusut. Ini dikusutkan lagi dengan tanggungjawab yang perlu yang perlu kita laksanakan dengan setiap pendapatan yang diperolehi kepada keluarga, masyarakat dan diri sendiri.

Duit untuk ibu bapa

Pemberian wang kepada ibu bapa adalah sangat penting  bagi setiap daripada kita, sebagai tanda penghargaan anak kepada ibu bapa mereka, disampin membantu mereka menampung kos kehidupan yang semakin mahal dari tahun ke tahun. Kaya atau tidak ibu bapa kita bukan menjadi soal kerana dengan memberi duit sara hidup akan membuatkan mereka gembira dan bersyukur dengan sikap anak yang setiasa ingatkan mereka.

Tetapi jangan anda menghadkan pemeberian wang itu dengan hanya sekadar nampak duit sara hidup bulanan ini sahaja. Lebih bijak jika anda memberikan perlindungan insurans perubatan sekiranya keadaan kesihatan mereka masih mengizinkan, agar kebajikan mereka pada hari tua, lebih terjaga.

Kita semua sedar bahawa semakin lama kos rawatan hospital semakin mahal. Untuk masuk ke hospital Kerajaan, hanya kes yang kritikal sahaja akan diterima masuk kerana fasiliti menjadi tumpuan terlalu ramai orang. Mahu tidak mahu hospital swasta menjadi alternatif  agar ibu bapa mendapat perhatian dan rawatan yang sewajarnya.

Simpan Untuk Masa Depan

Menangani peningkatan kos sara hidup tidak seharusnya dilakukan untuk keadaan semasa semata-mata. Kita tidak akan dapat meramal apa yang akan berlaku di masa hadapan. Oleh itu, untuk memenuhi keperluan masa depan seperti persaraan  atau pendidikan universiti anak, kita perlu membuat simpanan mulai sekarang, dan bukanya bertangguh sehingga tiba masa memerlukanya.

Oleh kerana setiap individu itu berbeza, keperluan dan keadaan kewangan masing-masing juga berbeza. Anda tidak boleh samakan seseoarang yang hidup di bandar dan seorang yang hidup di kampung, walaupun mereka memperoleh pendapatan yang hampir sama nilai setiap bulan dan pastinya juga pola perbelanjaan masing-masing juga tidak sama. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengurus kewangan mengikut keadaan semasa diri sendiri dan bukanya orang lain.

Buat duit dengan hutang?

Ramai daripada kita tersalah anggap berhutang untuk menjana pendapatan dengan menyertai skim amanah saham adalah langkah bijak kerana menyimpan dengan cara berhutang ini, lebih baik sebab kita boleh bayar sedikit demi sedikit setiap bulan.

Tetapi ramai juga antara kita terlupa, apabila membuat pinjaman sedemikian, kita masih perlu bayar faedah kepada pihak bank setiap bulan.

Cuba amalkan menyimpan dulu sebelum berbelanja pastinya simpanan akan terhasil. Kalau kurang berdisiplin, buat potongan gaji atau 'autodebit'.  Buat caruman ke dalam amanah saham seperti ASB agar dapat pulangan setimpal.
Cara Memaksimakan Kecekapan Pengurusan Kewangan Peribadi Cara Memaksimakan Kecekapan Pengurusan Kewangan Peribadi Reviewed by Jom Kongsi on 6:46 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.