Dapatkan Gigi Sihat Dengan Minum Kopi

couple-drink-coffee

Jika ingin menjaga kesihatan gigi tidak semestinya kita perlu menggunakan ubat gigi berjenama terkenal dan mahal atau kerap memberus gigi setiap masa supaya gigi kelihatan bersih dan sihat.

Siapa sangka, kopi yang diminium oleh jutaan umat manusia di seluruh dunia hari ini mampu menjadikan gigi lebih sihat dan kuat. Tapi harus di ingat, minum kopi yang terlalu kerap dalam kuantiti yang banyak juga boleh menyumbang kepada penyakit lain.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Universiti Boston, Amerika Syarikat mendapati secawan kopi yang di minum pada setiap pagi mampu melindungi peminumnya daripada penyakit radang gusi dan tulang rahang.

Lazada Malaysia

Menurut pengkajinya, Paul Garcia, penyakit radang gusi dan tulang rahang kebiasaanya berpunca dari jangkitan bakteria yang melekat pada gigi. Sekiranya bekteria tersebut tidak dihapuskan, ia akan mengakibatkan  gigi  goyang dan tertanggal kerana akarnya sudah rosak.

Jelas Gracia, manfaat kopi bukan sahaja untuk penyakit radang gusi dan tulang rahang, malah minuman kegemaran ramai itu turut mengandungi bahan antioksidan yang dikatakan mampu mencegah plak dari melekat dan berkumpul pada permukaan gigi.

Selepas ini, bagi anda yang kurang mengambil berat tentang kesihatan gigi atau malas membersihkan gigi, boleh jadikan amalan meminum kopi ini sebagai minuman wajib setiap hari agar gigi terus kukuh melekat di gusi.

Dapatkan Gigi Sihat Dengan Minum Kopi Dapatkan Gigi Sihat Dengan Minum Kopi Reviewed by Jom Kongsi on 6:41 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.