First Giveaway By Syafiyahluv.com

First Giveaway By Syafiyahluv.com
Hari ini merupakan hari pertama blog Info Anda menyertai program Giveaway yang dianjurkan oleh komuniti blogger tanah air. Sebelum ini, penulis hanya memerhati dari jauh sahaja gelagat para blogger yang telah menyertai program tersebut di blog mereka yang penulis kunjungi.

Setelah dihasut berkali-kali oleh salah seorang rakan admin blog infoanda.net supaya mengambil bahagian bersama rakan blogger lain dalam program Giveaway ini, akahirnya penulis telah membuat keputusan untuk terjebak sama.

Setelah diperhati dan dikaji lama tentang program Giveaway ini, penulis dapati ia sangat baik dan banyak memberi manfaat kepada para blogger antaranya penambahan aliran trafik ke blog, peningkatan jumlah pengikut dan paparan halaman blog, perubahan kedudukan ranking Alexa selain dapat mengearatkan hubungan sesama blogger.

Bagi blogger yang menjalankan bisnes online untuk menjana pendapatan tambahan melalui medium blog dan laman sosial, melalui program Giveaway ini juga sedikit sebanyak membantu meningkatkan hasil jualan mereka di samping dapat melebarkan lagi rangkaian perniagaan masing-masing.

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, penulis  telah memilih untuk menyertai program Giveaway anjuran blog Syafiyahluv.com sebagai langkah permulaan sebelum menyertai Giveaway blogger-blogger lain pada masa akan datang.

Program Giveaway anjuran blog Syafiyahluv.com turut menawarkan hadiah menarik kepada blogger yang menyertainya dengan menuruti beberapa syarat-syarat  yang telah ditetapkan oleh tuan blog.

Antara hadiahnya ialah, 2 botol Ostematrix, 2 helain Nursing Poncho, 5 helai Shawal dan beberapa hadiah lain lagi. Tempoh masa program Giveaway ini ialah selama satu bulan yang bermula pada 5 Ocktober dan berakhir pada 31 Oktober jam 8.00 malam. Kepada yang berminat untuk mendapatkan hadiah tersebut boleh sertainya di sini.
First Giveaway By Syafiyahluv.com First Giveaway By Syafiyahluv.com Reviewed by Jom Kongsi on 3:36 PTG Rating: 5

1 ulasan:

  1. singgah dari segmen yang sama
    http://eurukaseven.blogspot.com/2014/10/first-giveaway-by-syafiyahluvcom.html

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.