Mampukah Sharifah Sakinah Menjadi Isteri Solehah Setelah Berkahwin

Sharifah-Sakinah-Seksi

Pasti ramai yang tidak percaya dan menduga bila mendengar khabar berita seorang aktress wanita yang terkenal dengan kontroversi dan gelagat gediknya yang boleh ditonton di laman YouTube ini bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang. Itu lah jodoh namanya.

Beberapa bulan lepas, kecoh di laman sosial bercerita mengenai gosip Sharifah Sakinah sudah mempunyai kekasih baru yang berkerja sebagai pilot. Namun, pada ketika itu khabar berita tersebut masih belum dapat dipastikan memandangkan tuan punya badan terus berdiam diri dari membuat sebarang kenyataan kepada media.

Memetik laporan Berita Harian bertarikh 3 Oktober, Sharifah Sakinah mengesahkan bahawa beliau akan bertunang dengan jejaka pilihan hatinya, Aliff Adha pada 25 Oktober tahun ini dan merancang untuk bernikah pada bulan Mac tahun depan.

sakinah-pilot

Menurut Sakinah dalam satu kenytaannya kepada media, percintaan mereka yang sudah terjalin hampir setahun itu mendapat restu dari ahli keluarga kedua-dua belah pihak. Sakinah turut menyifatkan bakal suaminya itu seorang yang 'selamba', tidak banyak bunyi dan tidak ambil 'port' langsung mengenai dunia hiburan.
Lazada Malaysia

Sejak berita Sharifah Sakinah bakal menamatkan zaman bujangnya menjadi perhatian media dan blog hiburan tempatan, banyak pihak mempersoalkan kesediaan Sharifah Sakinah bergelar isteri dan menjaga nama baik suami berikutan sikap gediknya yang banyak terpapar di media soisal hingga menjadi cemuhan orang ramai.

Beberapa komentar nakal dari laman sosial yang mengikuti perkembangan artis wanita ini, manjangkakan hubungan pasangan sama cantik sama padan ini tidak akan kekal lama sekiranya pelakon, pengacara dan pengamal aktiviti kecergasan ini tidak mengubah sikap dan penampilanya.
Mampukah Sharifah Sakinah Menjadi Isteri Solehah Setelah Berkahwin Mampukah Sharifah Sakinah Menjadi Isteri Solehah Setelah Berkahwin Reviewed by Jom Kongsi on 4:04 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. nampak rupa tu memang padannnnnn sgt...hahahaha mcm org gile

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.