Panduan Untuk Mendapatkan Ukuran Dada Dan Saiz Bra Yang Betul

Cara-Memilih-Bra-Info-Anda

Berdasarkan statistik, lebih 80 peratus wanita didapati memakai baju dalam (bra) dengan saiz yang salah. Pemakaian bra yang bertepatan sangat penting bagi seseorang wanita kerana ia dapat mengelak berlakunya kesan negatif ke atas buah dada.

Menurut sumber, bebanan yang ditanggung pada tulang belakang, menjadikan postur tulang belakang terjejas dan menyebabkan kesan-kesan lain seperti sesemut di tangan, sakit kepala dan seperti badan masuk angin. Ini berlaku akibat kelengkungan tulang belakang yang tidak normal.

Kesan ini boleh terjadi kepada semua dan lebih parah untuk wanita yang memiliki buah dada bersaiz besar

Kesilapan memilih saiz bara ini boleh terjadi kepada seseorang wanita itu apabila dia baru pertama kali membeli bra untuk dirinya atau bra lama sudah lusuh dan perlu ditukar dengan yang baru atau berlaku pertambahan berat badan sejak akhir-akhir ini.

Sebelum membeli pakaian dalam yang baru, adalah menjadi kemestian bagi seseorang wanita itu mempelajari cara untuk mendapatkan saiz bra yang betul dengan melakukanya sendiri melalui beberapa teknik mudah seperti yang diajarkan di bawah.

1. Menentukan saiz dada anda

Ambil ukur lilit badan dalam unit inci. Gerakan pita pengukur di sekitar badan tepat di bawah payudara, kemudian gerakan pita pengukur di sekitar belakang dan tulang rusuk bawah payudara anda. Catatkan ukuran dan tambahkan 5 inci. Setalah dijumlahkan, itulah saiz dada anda.

2. Cara mendapatkan ukuran cawan (Cup)

Gerakan pita pengukur di sekitar badan anda sekali lagi, ambil ukur lilit badan pada bahagian paling depan buah dada iaitu di bahagian puting paling menonjol. Kira dan catatkan perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal tadi.

Pilih cup berdasarkan perbezaan ukuran dibawah :

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D

Contoh:

Ukuran lilitan badan tadi = 28
Ukuran lilitan payudara = 31
Jadi perbezaannya ialah 3 inci (31-28) >> Cup C

Contoh akhir:

Ukuran lilitan badan (no 1 pada gambar) >> 28
Ukuran lilitan payudara (no 2 pada gambar) >> 32

Saiz bra ialah:

Lilitan >> 28 + 4 = 32 (tambah 4 sebab 28 angka genap)
Saiz cup >> Ukur lilit payudara - ukur lilit badan = 32-28 = 4 >> Cup D

Untuk info anda, bra terdiri daripada dua komponen itu nombor seperti 36, 38, 40 dan sebagainya yang mewakili saiz lilitan atau ukuran di bawah dada anda. Manakala abjad dari A hingga ke D atau E mewakili ukuran cup untuk saiz bra.

laki-intai-payudara

Tips penting!

1. Jangan malu untuk mendapatkan pertolongan dari  pelayan di butik bra yang dikunjungi kerana anda  telah membayarnya untuk tujuan itu. Dengan pertolongan mereka sudah semestinya akan memudahkan anda mendapatkan bra yang sesuai dengan bentuk buah dada.

2. Sekiranya sudah menjumpai saiz bra yang bersesuaian denga buah dada anda, belilah beberapa pasang lagi bra yang sama mengikut keperluan dan kemampuan.

3. Jika anda masih tidak dapat mencari saiz bra yang sesuai dengan bentuk buah dada, cara yang terbaik boleh dilakukan ialah dengan membeli beberapa pasang bra yang berlainan ukuran agar anda mempunyai banyak pilihan.

Semoga dengan sedikit info di atas dapat dijadikan panduan oleh kaum wanita di luar sana yang tercari-cari tips untuk memilih saiz bra yang betul. Buah dada adalah aset wanita yang sangat berharga dan paling digilai ramai lelaki. Melalui pemilihan bra yang tepat dan selesa, akan membuatkan buah dada kita sentiasa sihat, berkembang, menonjol selain menjadi perhatian ramai.
Panduan Untuk Mendapatkan Ukuran Dada Dan Saiz Bra Yang Betul Panduan Untuk Mendapatkan Ukuran Dada Dan Saiz Bra Yang Betul Reviewed by Jom Kongsi on 12:17 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.