Senarai Gajet Elektronik Pilihan Pengguna 2014 Yang Wajib Dimiliki

Tahun 2014 masih belum berkahir. Disaat dunia teknologi semakin pesat berkembang hari ini, peluang yang ada telah digunakan sebaiknya oleh syarikat pengeluar gajet seluruh dunia untuk memperkanal dan memasarkan produk atau gajet elektronik terbaru masing-masing.

Dalam segmen gajet kali ini, penulis ingin meperkenalkan kepada anda tentang gajet terbaru yang menjadi pilihan pengemarnya di sepanjang tahun 2014. Jika anda belum memiliki gajet-gajet sepeti yang tersenarai di bawah, jangan tunggu dan dapatkanya sekarang!

My Book Duo

Peranti penyimpan data terbaru daripada Western Digital (WD) ini sangat sesuai untuk kegunaan  di rumah atau di pejabat. Gajet ini boleh menyokong dua pemacu cakera keras (HDD), konfigurasi RAID, dan USB 3.0 bagi menawarkan muatan storan yang lebih besar dan prestasi pemindahan data yang sangat pantas. My Book Duo dilaporkan kini telah berada di pasaran dengan tawaran harga RM959 untuk 4TB, RM1199 untuk 6TB, RM1499 untuk 8TB dan RM2199 bagi HDD bersaiz 12TB.

MyBook-Live-Duo

Tetikus G402 Hyperion Fury

Pengeluar tetikus jenama Logitech turut tidak ketinggal memperkenalkan produk tetikus barunya yang direka khas untuk kaki games.  Tetikus ini sangat sesuai untuk mengendalikan permainan (games) tembak-menembak yang sangat pantas. G402 Hyperion Fury turut dilengkapi teknologi sensor  Fusion Engine yang eksklusif  daripada Logitech bagi membolehkanya mengesan lebih 500 inci sesaat (IPS) serta teknologi sensor Delta Zero juga dari Logitech untuk ketepatan yang tiada tandingan. Selain itu, tetikus G402 Hyperion Fury ini juga dilengkapi pemproses ARM yang membantu menambah kelajuan pengesanan yang menakjubkan.

Logitech-Hyperion-Fury-4-info-anda

Iconia Tab 7

Tablet bersaiz 7 inci yang memiliki skrin paparan beresolusi 1924 x 600 piksel keluaram Acer ini bukan sahaja digunakan untuk melayari internet tetap turut berfungsi untuk membuat panggilan telefon dengan sambungan 3G. Selain dianggap tablet mudah alih, Iconia Tab 7 juga turut dilengkapi dengan kamera utama 2MP pada bahagian belakang dan kamera HD di bahagian hadapan. Tablet yang mempunyai ketebalan 0.89cm dan beratnya sekitar 305g, kini sudah berada di pasaran dengan tawaran harga RM499 sahaja.

Iconia Tab 7

Cruzer U USB Flash

Didatangkan khas dalam rekabentuk yang unik dengan warna terang, sudah pasti pemasu USB flash ini menjadi tumpuan ramai. Menurut pengeluarnya, semua data atau maklumat yang tersimpan dalam storan ini dijamin selamat. Cruzer U dilengkapi dengan aplikasi SanDisk SecureAccess dengan teknologi penyulitan (encryption) untuk melindungi  kata laluan dari digodam. USB flash ini dijual pada harga serendah RM17 hingga RM120 bergantung pada jumlah kapasiti storan.

Cruzer U USB Flash

 LG Kizon

Dengan adanya peranti ini, ibu bapa tidak lagi perlu merasa bimbang anak hilang. LG Electronincs telah memperkenalkan gelang pintar yang direka khas untuk kanak-kanak sekolah bagi membolehkan ibu bapa menjejaki anak-anak mereka  dengan lebih mudah. Melalui ciri GPS dan Wi-Fi yang disertakan, peranti ini boleh menyediakan butiran lokasi pada masa nyata yang akan disambungkan kepada telefon pintar ibu bapa  untuk mengesan kedudukan anak-anak mereka.

LG-Kizon-info-anda

HTC Butterfly 2

Telefon pintar yang terkenal dengan jolokan nama HTC J Butterfly di pasaran Jepun ini, bakal berada di pasaran luar dengan menggunakan nama jolokan HTC Butterfly 2. Selain menjanjikan  pengalaman Sense 6 yang terkni, telefon pintar ini turut menampilkan ciri Duo Camera untuk pengimejan dan sensor  intutif Montion Launch. Malah, peranti ini juga dilengkapi ciri Smart Sensor Hub yang memenuhi keperluan untuk menjadikan tugasan  lebih mudah.

HTC Butterfly 2

Samsung Galaxy Core 2

Untuk bersaing dengan pengeluar telefon pintar jenama lain di pasaran, Samsung Technologies telah menampilkan  Samsung Galaxy Core 2 dengan reka bentuk yang menarik dan mesra pengguna. Pada bahagian belakang telefon pintar ini dilengkapi dengan kulit lembut untuk memberi keselesaan kepada pengguna apabila menyentuhnya. Selain rekabentunya yang eksklusif, Samsung Galaxy Core 2 turut dilengkapi skrin  paparan yang bersaiz 4.5 inci selain pelbagai ciri bijak daripada Samsung untuk menjadikanya lebih bernilai. Didatangkan dengan dua warna iaitu hitam dan putih, telefon pintar tersebut boleh dimilki sesiapa sahaja dengan harga permulaan RM599.

Samsung Galaxy Core 2

G Watch Dari LG

Persaingan peranti boleh pakai dalam pasaran kini semakin sengit apabila LG Electronics antara yang pertama  mengeluarkan jam pintar yang menggunakan sistem operasi Android Wear. Menampilkan rekabentuk tanpa bebas tanpa butang  dengan paparan kekal (sentiasa terbuka) untuk memudahkan penggunaan maksimum. Jam pintar LG ini turut boleh diserasikan dengan telefon mudah alih yang menggunakan sistem operasi Android 4.3 dan ke atas, melalui aplikasi yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

G Watch Dari LG

Lumia 530

Telefon pintar dwi SIM keluaran Microsoft ini dibekalkan dengan pemprosess empat teras, Qualcomm Snapdragon, gajet terbaru dari Microsoft ini cuba menawarkan pengalaman yang lebih pantas  selain mempunyai skrin paparan LCD bersaiz 4 inci. Lumia 530 ini juga turut dilengkapi kamera utama pada bahagian belakang 5MP, storan dalaman 4GB dan storan tambahan  sehingga 128GB menerusi kadi microSD. Telefon pintar ini boleh didapati dengan pelbagai variasi warna dan harganya RM355 sahaja.

Nokia-Lumia-530
Senarai Gajet Elektronik Pilihan Pengguna 2014 Yang Wajib Dimiliki Senarai Gajet Elektronik Pilihan Pengguna 2014 Yang Wajib Dimiliki Reviewed by Jom Kongsi on 8:19 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.