Senarai Syarikat Gergasi Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dari China

Penonjolan mendadak syarikat-syarikat teknologi dari China telah merubah industri gajet mudah alih. Jika dahulu bila sebut sahaja Made In China, tanggapan pertama yang terbayang dalam kepala berkenaan produk berkenaan ialah barangan rendah kualiti, cetak rompak, murah, tidak tahan lama dan macam-macam lagi.

Hari berganti hari, persepsi negatif terhadap barangan buatan China yang sekian lama tersemai dalam fikiran pengguna gajet di Malaysia sejak akhir-akhir ini berubah apabila munculnya beberapa peranti pintar canggih dari negara tembok besar itu yang dilihat mampu menyaingi pengeluar jenama gajet pintar lain di dunia seperti Samsung, Apple, Microsoft dan lain-lain.

Selain dari teknologi, harganya yang murah dan mampu milik turut menjadi faktor utama mengapa peranti pintar keluaran syarikat dari China ini semakin popular mendapat sambutan di pasaran Malaysia dalam masa yang begitu singkat.

Dalam segmen gajet blog Infoanda.net kali ini, penulis senaraikan beberapa syarikat gergasi teknologi dari China yang mula berkembang di Malaysia dengan produk peranti pintar masing-masing.

LENOVO

lenovo-phone-china

Antara jenama paling laris pada tahun 2014. Gajet pintar keluaran Lenovo  memiliki kelasnya tersendiri apabila mampu menguasai sebahagian besar pasaran  dengan menawarkan harga peranti pintar murah serta mampu milik  dan menjadi antara syarikat dari China yang berjaya di Malaysia. Biarpun, syarikat pengeluar peranti mudah alih jenama terkenal lain berlumba-lumba memperkenalkan peranti pintar masing-masing dengan teknologi terkini, Lenovo tetap mengekalkan harga murah bagi peranti pintarnya walau dalam kelas yang sama.

OPPO

oppo-phone-china

Sekali dengar namanya macam pelik,tapi siapa sangka telefon pintar keluaran Oppo ini memiliki kekuatan dengan antara muka tersendiri serta digemari ramai iaitu Color OS dan CyanogenMod. Jenama ini menadapat perhatian sebaik sahaja produk terbarunya dilancarkan di Malaysia. Peranti pintar keluaran Oppo ini turut menawarkan pelbagai kelebihan dari segi penjenamaan, fungsi, ciri-ciri terbaru yang lain dari yang lain, rekaan fizikal yang unik dan mampu memenuhi cita rasa pengguna gajet. Setakat ini, Oppo Find 7 merupakan antara telefon pintar yang paling laris di pasaran.

ONEPLUS

OnePlus-Phone-China

Mungkin ramai sudah mengetahui bahawa superphone daripada OnePlus sememangnya mengejutkan ramai pemerhati dunia teknologi di seluruh pelusuk dunia. Selain spesifikasinya yang tinggi setanding dengan peranti pintar jenama terkenal lain, harga yang ditawarkan untuk model telefon keluaran syarikat dari China juga sangat berpatutan dan mampu milik. Menurut sumber, model terbarunya OnePlus One dijangka akan meledak di pasaran serta akan menarik lebih ramai penggemar gajet memiliki telefon pintar model ini sedikit masa lagi.

HUAWEI

HUAWEI-phone-china

Biarpun sudah lama bertapak di Malaysia, Huawei juga memiliki kehebatanya yang tersendiri. Selain menawarkan haraga murah untuk peranti pintar keluaranya, Huawei juga memiliki asas yang kukuh di negara ini. Keadaan ini sudah tentu memberi kelebihan buat penggunanya  bagi mendapatkan khidmat selepas jualan. Malah, puluhan produk keluarannya juga diakui memiliki kualiti setanding dengan peranti pintar jenama popular yang lain. Ascend P7 merupakan telefon pintar keluaran Huawei paling laris di pasaran dengan tawaran harga yang sangat berpatutan.

XIAOMI

XIAOMI-phone-china

Selain dari prestasinya dikekalkan, faktor harga murah yang ditawarkan kepada pengguna untuk setiap produk telefon pintar keluarannya, menjadikan Xiaomi berada dalam kelasnya tersendiri. Xiaomi Mi3  merupakan peranti pintar paling laris dijual melalui dalam talian (online). Dilengkapi ciri antara muka Android yang digelar MIUI, telah menyebabkan telefon pintar model ini menjadi buruan ramai.
Senarai Syarikat Gergasi Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dari China Senarai Syarikat Gergasi Pengeluar Telefon Pintar Terbaik Dari China Reviewed by Jom Kongsi on 11:29 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.