Aktor Kacak Terlupa Dialog Kerana Terpesona Lihat Kejelitaan Liu Yifei

liuyifei-info-anda

Kejelitaan  pelakon pembantu filem Roots of Dew, iaitu Liu Yifei telah menyebabkan aktor kacak yang menjadi kegilaan  peminat Kpop seleuruh dunia iaitu Rain, terlupa dialog apabila terpesona melihat wajah ayu pelakon wanita dari China itu.

Ketika ditemubual wartawan hiburan semasa preview filem berkenaan di Beijing pada awal November lalu, Rain menjelaskan bahawa dia terpesona melihat kejelitaan pelakon pembantunya semasa pertama kali bertemu dan mendakwa fikiranya sering terganggu dan terbayang wajah pelakon wanita yang juga dikenali sebagai Crystal Liu.

Aktor kacak dari Korea itu turut berkongsi perasaan mengelabah dan rasa berdebar-debar dengan wartawan apabila kali pertama bertentang mata dengan pelakon wanita tersebut yang berasal dari China, sehingga menyebabkan dia terlupa menghafal dialong semasa sesi pengambaran dijalankan.

rain-info-anda

Diakhir sidang media ketika pra tonton itu, Rain menzahirkan perasaan leganya kerana berjaya menghabiskan pengambaran semasa hari pertama seperti yang dijadualkan walau terpaksa berhadapan dengan seorang wanita jelita dan skrip dialong yang memerlukan dia bertutur dalam bahasa China.

Memetik laporan dari portal berita tempatan, filem Roots of Dew itu dijadual akan ditanyangkan di pawagam seluruh negara pada 11 November ini.
Aktor Kacak Terlupa Dialog Kerana Terpesona Lihat Kejelitaan Liu Yifei Aktor Kacak Terlupa Dialog Kerana Terpesona Lihat Kejelitaan Liu Yifei Reviewed by Jom Kongsi on 3:16 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. dahsyat penangan pelakon China tu. Rain pun boleh terlupa dialog. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih krn sudi ziarah blog ini...

      Itu Rain..cuba kalau kita yg x brp nak segak ni tengok atau bertentang mata..apalah agaknya akan terjadi..gila sekejap..

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.