Kenapa Telefon Pintar Dwi Kad SIM Semakin Jadi Pilihan

Sebenarnya, penggunaan dwi kad SIM dalam satu telefon mudah alih bukanlah perkara baru yang nak dihairankan sangat. Namun tidak dinafikan, sejak kemunculan pelbagai jenis smartphone di pasaran, permintaan pengguna terhadap peranti pintar yang menyokong penggunaan dwi kad SIM semakin mendapat sambutan.

Berdasarkan tinjauan rambang yang dilakukan dibeberapa buah kedai menjual alat telekomunikasi di sekitar ibu kota Kuala Lumpur, penulis dapati rata-rata model telefon pintar yang dilengkapi ciri-ciri dwi kad SIM adalah jenis biasa-biasa sahaja. Setakat ini, penulis belum terjumpa lagi telefon pintar canggih yang mempunyai dua slot untuk kad SIM.

Hari ini, penulis ingin kongsikan beberapa fakta menarik tentang kelebihan serta faedah penggunaan dua kad SIM  pada telefon pintar.

Dual-SIM-Card-Info-Anda

01 Jika anda seorang ahli perniagaan, penggunaan telefon pintar yang menyokong penggunaan dwi kad SIM pasti akan memudahkan urusan kerja seharian anda bila mana urusan peribadi tidak bercampur dengan urusan bisnes. Melalui dua kad SIM ini anda boleh mengasingkan  senarai pemanggil mengikut kad SIM tersebut.

02 Anda juga boleh menyimpan data seperti senarai kenalan dan pesanan ringkas (SMS) ke dalam dua kad SIM. Jadi, anda tidak perlu bimbang kerana satu daripada kad SIM boleh digunakan  sebagai kad utama dan satu lagi sebagai backup.

03 Kedua-dua kad SIM berada dalam mod sedia untuk menerima panggilan dan anda boleh menerima panggilan dari mana-mana kad SIM. Malah, anda juga boleh membuat panggilan dari mana-mana jad SIM tersebut.

04 Apabila anda mempunyai dua slot kad SIM pada telefon pintar, anda bebas menggunakan plan  yang berbeza dari syarikat telco yang menyediakan rangkaian telekomunikasi dan internet mengikut pilihan dan pakej yang ditawarkan. Mungkin anda boleh berjimat dengan penggunaan pelan yang lebih murah

05 Semasa bercuti atau ada urusan kerja di luar negara, anda boleh membeli kad SIM dari penyedia di sana yang menyediakan liputan lebih meluas. Pastikan pelanya bagus dan pakej yang ditawarkan berbaloi untuk membuat panggilan, pesanan ringkas dan akses internet.

06 Kad SIM dengan caj yang lebih rendah boleh dibeli kalau bercuti di luar negara untuk panggilan, pesanan ringkas  dan internet. Kebiasanya, caj lebih berbaloi berbanding caj perayauan  melalui kad SIM yang sedia ada.
Kenapa Telefon Pintar Dwi Kad SIM Semakin Jadi Pilihan Kenapa Telefon Pintar Dwi Kad SIM Semakin Jadi Pilihan Reviewed by Jom Kongsi on 12:14 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.