Rain Kecewa Kim Tae Hee Dituduh Jadi Penyebar Gambar Bogel

rain-taehee-infoanda

Dianugerahkan rupa paras yang tampan seperti penulis..Eh! silap, seperti aktor Kpop yang menjadi kegilaan ramai wanita sememangnya banyak dugaan dan cabaran. Pasti ada sahaja pihak  yang dengki kerana cemburu dengan populariti dan kelebihan yang dimiliki.

Bagi aktor terkenal seperti Rain, segala fitnah yang cuba memburukkan imejnya sebagai artis terkenal antarabangsa telah memberi satu sumber kekuatan buat beliau untuk terus berjuang dalam dunia seni.

Aktor kacak yang pernah membintangi filem Ninja Assassin, dalam satu kenyataan medianya baru-baru ini telah menafikan serta mengecam tindakan penyebaran gambar bogel tersebut yang didakwa miripnya melalui internert sebagai perbuatan tidak bertanggunjawab, kebudak-budakan dan berniat jahat.

Dalam sidang media itu, Rain turut meluahkan perasaan kecewanya apabila ada pihak membuat membuat tuduhan bahawa penyebaran gambar bogel tersebut berpunca dari telefon bimbit milik Kim Tae Hee iaitu kekasihnya.

Jelas aktor itu lagi, walaupun ada peminatnya tidak mempercayai berita berkenaan penyebaran gambar tersebut, namun masalah mula timbul apabila peminatnya di luar seperti di Jepun dan China mempercayai bahawa gambar itu adalah asli.

Untuk menghalang perbuatan tidak bertanggunjawab ini dari terus berleluasa, Rain telah membuat keputusan untuk membersihkan imejnya dengan mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat yang menyebarkan fitnah tersebut.
Rain Kecewa Kim Tae Hee Dituduh Jadi Penyebar Gambar Bogel Rain Kecewa Kim Tae Hee Dituduh Jadi Penyebar Gambar Bogel Reviewed by Jom Kongsi on 7:41 PG Rating: 5

2 ulasan:

  1. susah jadi orang kacak ni... macam fitnah boleh berlaku. nasib baik saya tak kacak cuma comel je. hahahah (perasan)

    saya dah follow balik ye.

    BalasPadam
  2. Em alahai...buat keje pastu nak publish atau disembunyikan? Hehe...dah kacak sgt sebab tu tersebar...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.