Rasai Keseronokan Aktiviti Berendam Di Lost World of Tambun

info-anda-tambun-1

Jika penulis tidak lupa, sepanjang tempoh 10 tahun lebih bekerja, ini kali kedua penulis berpeluang mengukuti percutian (company trip) yang dianjurkan oleh pihak syarikat pada 18 hingga 21 Oktober lalu. Sekiranya majikan penulis tidak memasukan aktiviti seperti ini dalam kalender tahunan syarikat, alamatnya tak merasa lah nak berjalan ditempat orang.

Berbanding sebelumnya, percutian kali ini lebih seronok dan mencabar apabila pihak syarikat tempat penulis bekerja memilih taman tema air Lost World of Tambun sebagai lokasi istirehat untuk menenangkan minda sambil mencuci mata melihat gadis-gadis yang sedang dalam kebasahan.

Apabila mengikuti company trip sudah pasti ada acara-acara tertentu dan penting telah diatur agar sepanjang tempoh percutian itu tidak berlalu dalam suasana membosankan walau datang bercuti ditempat yang ramai dikunjungi orang.

info-anda-tambun-2

Mana-mana syarikat yang memilih taman tema air Lost World of Tambun, pasti aktiviti Explorace ataupun Team Building menjadi agenda utama mereka  kerana aktiviti ini dapat memupuk semangat setiakawan, kerjasama dalam kumpulan dan membina keyakinan diri apabila ia diaplikasikan dalam rutin kerja seharian.

Di bawah ini, penulis kongsikan sedikit info tentang taman tema air Lost World of Tambun untuk anda yang sedang mencari lokasi percutian terbaik, menyeronokan serta mencabar.

Waktu operasi:

Hari biasa (Hari Bekerja) - 11 pagi hingga 6 petang
Hari Minggu (Sabtu & Ahad) - 10 pagi hingga 6 petang
Cuti Sekolah & Cuti Umum - 10 pagi hingga 6 petang
Hot Srpings & Spa (dibuka setiap hari) - 6 petang hingga 11 malam
Crystal Spa - 3 petang hingga 11 malam

Bayaran masuk:

RM50 bagi orang dewasa dan kanak-kanak yang melebihi ketinggian 90 sentimiter (cm). Bayaran tertentu turut dikenakan sekiranya pengunjung ingin melakukan aktiviti Team Buliding, menaiki bot kayuh di Swan Lake atau masuk ke rumah hantu (Haunted Chambers).

Maklumat lanjut klik sini

info-anda-tambun-3

Selain dari tempat pengunjung berendam dalam air dari pagi hingga ke petang, di Lost  World of Tambun juga terdapat beberapa tempat menarik yang harus dikunjungi apabila merancang untuk bercuti di sini. Antaranya ialah, Lupe's Adventure, Amusement Park, Haunted Chambers, Animal Care Center, Porcupine, Tiger Valley, Team Building Park, Tin Valley, Swan Lake, Petting Zoo dan Hot Springs & Spa.

Kesemua tempat-tempat ini  mempunyai daya tarikan tersendiri. Bagi yang tidak gemar bermain dengan air, boleh mengunjungi tempat-tempat yang disebutkan tadi dan rasai sendiri pengalamanya.

Sekiranya anda ingin meluangkan masa bersama keluarga, The Lost World of Tambun ini adalah lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah, istirehat sambil dapat menambahkan pengetahuan dan yang paling syok sekali macam penulis sebutkan di atas iaitu aktiviti MENCUCI MATA!

info-anda-tambun-4

info-anda-tambun-6

info-anda-tambun-7

info-anda-tambun-8

info-anda-tambun-9

info-anda-tambun-5
Rasai Keseronokan Aktiviti Berendam Di Lost World of Tambun Rasai Keseronokan Aktiviti Berendam Di Lost World of Tambun Reviewed by Jom Kongsi on 1:01 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.