Rating Drama Besiri Pinocchio Melonjak Gara-Gara Adegan Intim

korea-pinocchio

Gara-gara adegan intim yang dilakonkan oleh Lee Jong Suk bersama pasanganya, Park Shin Hye dalam satu siri drama Korea yang berjudul Pinocchio telah membuatkan rating drama TV tersebut melonjak naik secara tiba-tiba.

Sebelum ini, drama popular  tersebut  berada pada kedudukan kedua dengan jumlah rating  yang diperolehi iaitu 9.5 peratus dari penonton, telah meningkat kepada 19.5 peratus gara-gara aksi romantis yang menyentuh perasaan yang dijayakan oleh pasangan artis tersebut.

Menurut sebuah protal hiburan tempatan melaporkan, pihak penerbit drama berisiri tersebut memang sengaja memaparkan foto adegan intim tersebut sebagai strategi untuk menarik perhatian penonton dan ternyata strategi itu berkesan.

Peningkatan yang berlaku secara mendadak itu  telah menyebabkan kedudukan rating pesaing kepada drama bersiri tersebut iaitu Mr Baek jatuh pada minggu yang sama sebelum ratingnya kembali menjuarai carta pada minggu seterusnya.
Rating Drama Besiri Pinocchio Melonjak Gara-Gara Adegan Intim Rating Drama Besiri Pinocchio Melonjak Gara-Gara Adegan Intim Reviewed by Jom Kongsi on 6:10 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.