Rusia Dedah Foto Pesawat Tempur Milik Ukraine Sedang Menembak Jatuh MH17

MH17-was-shot-down

Akibat berang dengan tindakan provokasi Perdana Menteri Britian, David Cameron yang mendakwa Rusia terlibat dalam pengeboman pesawat awam milik penerbangan Malaysia (MH17), telah menyebabkan Presiden bekas negara Kesatuan Soviet itu mengarahkan pihak media negaranya mendedahkan gambar satelite yang menunjukkan pesawat tempur milik  tentera Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat MH17.

Menurut laporan media tempatan negara itu, foto tersebut dipercayai telah dirakam oleh satelit milik Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat yang berhampairan dengan pesawat awam MH17 milik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) jatuh yang ditembak jatuh pada Julai lalu.

Insiden malang yang menimpa pesawat awan tersebut telah mengorbankan kesemua  298 orang penumpang termasuk anak kapal dan 43 daripadanya adalah rakyat Malaysia.

MH17-was-shot-down-2

Berdasarkan analisis yang dibuat terhadap foto-foto yang dirakam melalui setelit itu, pakar dari Rusia berpendapat bahawa insiden malang yang menimpa pesawat MH17 itu dipercayai telah ditembak dari udara oleh pesawat tempur jenis MIG 29 milik tentera udara Ukraine.

Setelah gambar-gambar didedahkan kepada media, pihak barat yang kuat menyokong Ukraine dilaporkan telah menafikan sekeras-kerasnya terlibat dan sebaliknya menyalahkan Rusia dengan membuat tuduhan bahawa pesawat tempur tersebut milik puak pemisah pro Rusia yang berjaya menawan Donetsk.
Rusia Dedah Foto Pesawat Tempur Milik Ukraine Sedang Menembak Jatuh MH17 Rusia Dedah Foto Pesawat Tempur Milik Ukraine Sedang Menembak Jatuh MH17 Reviewed by Jom Kongsi on 6:54 PTG Rating: 5

2 ulasan:

  1. Ape lagi Rusia..perang dah bermula, kau serang jelah Amerika tu..punca segala masalah di dunia ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sabar bro..tak lama lagi tiba masanya

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.