Seo Ji Soo Minat Kaum Sejenis

Seo-ji-soo

Alamak! Penulis baru sahaja mula nak berkenalan dengan artis Kpop ini walau dia tinggal nun jauh seberang laut sana. Agak terkejut juga bila dapat tahu berita mengatakan bahawa si cantik molek dari kumpulan Lovelyz ini gemar menjalani hubungan luar tabe'i atau dalam bahasa mudahnya, minat kaum sejenis.

Terdahulu, Soe Ji Soo pernah dikaitkan dengan kontroversi gambar bogelnya yang tersebar di internet. Namun, pada masa itu penulis tidak kisah sangat tentang hal tersebut kerana bagi penulis ia adalah perkara lumrah bagi seseorang terutamaya wanita jika ingin jadi terkenal dalam dunia hiburan.

Penulis pernah juga cuba mencari gambarnya yang tidak berbaju itu seperti yang diperkatan di media masa melalui carian Google. Tetapi, lain yang dicari, lain pula yang dapat.  Memang agak hampa dan kecewa.

Menurut portal Chosun yang bepangkalan di Korea Selatan melaporkan, pelayar internet di negara itu gemar mencari gambar-gambar lama  Seo Ji Soo untuk menyingkap kembali kisah silam dan aktiviti lampau artis berkumpulan tersebut sebelum terkenal seperti hari ini.

Dakwa portal itu lagi, hasil carian yang dilakukan oleh pelayar internet yang menjumpai foto-foto lama milik Seo Ji Soo, telah menguatkan lagi dakwaan sebelum ini mengatakan dia seorang Lesbian.

Tak kisah walau apa pun cubaan  untuk memburukkan nama Seo Ji Soo, penulis menyokong langkah pengurusnya di Woollim Entertainment yang mahu mengambil tindakan  terhadap sesiapa sahaja yang menyebarkan berita tidak benar terhadap artis kesayangan penulis ini.

Nota: Penulis adalah peminat tegar artis Kpop
Seo Ji Soo Minat Kaum Sejenis Seo Ji Soo Minat Kaum Sejenis Reviewed by Jom Kongsi on 11:17 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.