Spesifikasi Xiaomi Mi4 Setanding Dengan Jenama Telefon Pintar Terkenal

xiaomi-mi4-infoanda

Pada tiga bulan lepas, Xiaomi telah membuat kejutan apabila melancarkan telefon pintar baru keluaranya di China. Kemunculan Mi 4 pastinya ditunggu-tunggu terutama sekali  di kalangan peminat  jenama itu di seluruh dunia.

Sejak dilancarkan, peranti baru itu turut mendapat perhatian pelbagai pihak, ini termasuk pembuat telefon pintar yang menjadi pesaingnya. Ini juga membuktikan  bahawa firma yang berpusat di Beijing itu boleh bersaing.

Selain menyaingi telefon pintar jenama lain yang terdapat di pasaran, model baru ini bakal menjadi pengganti model terdahulu iaitu Mi 3. Sehubungan itu, Mi 4 menampilkan pakej yang lebih menarik dari segi reka bentuk, spesifikasi dan ciri-ciri uniknya. Jika sekali imbas, reka bentuk telefon pintar Android ini hampir menyerupai iPhone 5 keluaran Apple. Namun apa yang pasti, rekaan baru ini adalah lebih cantik berbanding rekaan Mi 3 sebelum ini.

Kebanyakan peminat tegar jenama ini mengharapkan Mi 4 boleh menawarkan spesifikasi yang lebih hebat, atau sekurang-kurangnya setanding dengan jenama lain. Apabila dibuat perbandingan, telefon ini memiliki beberapa kelebihan antaranya pemprosess (CPU) Quad Core 2.5GhZ, memori (RAM) 3GB, kamera kedua 8MP, sokongan 4G LTE dan sistem operasi (OS) Android 4.4. Malah, sistem operasinya turut dioptimumkan  dengan perisian MIUI 6.0.

Untuk info anda, sebelum Mi 4 dilancarkan lagi, Xiaomi sudah menurunkan harga Mi 3 kepada RM770 setakat ini, untuk pasaran tempatan. Manakala harga Mi 4 boleh dianggap berpatutan dengan pakej yang ditawarkan. Malah, lebih berbaloi daripada sesetengah jenama pesaing dengan spesifikasi yang sama. Harganya dianggarkan RM1,099 untuk versi 16GB dan RM1,299 untuk versi 64GB. Jika anda berminat dengan telefon pintar Made in China ini, boleh dapatkanya di pasaran sekarang.
Spesifikasi Xiaomi Mi4 Setanding Dengan Jenama Telefon Pintar Terkenal Spesifikasi Xiaomi Mi4 Setanding Dengan Jenama Telefon Pintar Terkenal Reviewed by Jom Kongsi on 12:32 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.