Wanita China Paling Ramai Lakukan Pembedahan Kosmetik Untuk Kelihatan Cantik

wanita-china-info-anda

Menukar wajah dengan melakukan pembedahan plastik kini menjadi trend atau kegilaan sebahagian daripada wanita di negara China. Pembedahan menukar wajah yang semakin popular di negara Tembok Besar itu  dilakukan kerana ingin kelihatan cantik dan muda seperti artis-artis terkenal antarabangsa walau pada hakikatnya wajah mereka biasa-biasa sahaja.

Wanita China yang memilih Korea Selatan sebagai tempat untuk melakukan pembedahan plastik, berdepan dengan kesulitan ketika hendak pulang ke negara asal apabila tidak melepasi pemerikasaan keselamatan di lapangan terbang sebelum dibenarkan meninggalkan negara itu.

Hal ini terjadi kerana foto pada pasport tidak lagi menyerupai wajah pemiliknya setelah pembedahan dilakukan. Menurut sumber, rata-rata wanita China yang berkunjung ke negara tersebut melakukan pembedahan terhadap keseluruhan wajah termasuk memutihkan kulit, membentuk semula bibir agar lebih menggiurkan, meninggikan hidung, memanjangkan dagu dan membesarkan kelopak mata supaya kelihatan ala-ala wanita 'barat'.

wanita-china-ubah-wajah

Perubahan 100 peratus yang dilakukan pada bentuk wajah membuatkan wanita China yang pulang kenegaranya bukan sahaja tidak lagi dikenali malah turut dijadikan model dalam bidang peragaan, lakonan dan sebagainya. Berdasarkan soal selidik yang dilakukan mendapati wanita China yang datang ke Korea Selatan mendapatkan pembedahan kosmetik ini bertujuan untuk kelihatan cantik, muda dan ingin menarik perhatian masyarakat serta untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik.

Bagi mengelak kusulitan yang dialami seperti di atas ketika hendak berlepas pulang, pihak hospital yang menawarkan khidmat pembedahan kosmetik ini turut mengeluarkan sijil pengesahan perubahan yang dilakukan kepada para pelangganya.

Jika sebelum ini, pembedahan kosmetik ini dipelopori oleh negara barat seperti Amerika Syarikat, tapi kini tidak lagi apabila Korea Selatan pula menjadi tumpuan para wanita terutamya dari negara Asia yang tidak berpuas hati dengan wajah mereka selain bidang ini juga turut menjadi perniagaan utama dalam sektor kencantikan negara itu.
Wanita China Paling Ramai Lakukan Pembedahan Kosmetik Untuk Kelihatan Cantik Wanita China Paling Ramai Lakukan Pembedahan Kosmetik Untuk Kelihatan Cantik Reviewed by Jom Kongsi on 11:20 PG Rating: 5

2 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.