Yusof Haslam Pelawa Wardina Berlakon Dalam Filem Gangster

yusof-haslam-gangster

Tersentap dengan kenyataan Wardina yang mendakwa kononya gejala buli yang berlaku baru-baru ini di kalangan pelajar sekolah berpunca dari filem-filem gangster tempatan telah membuatkan penerbit dan pengarah filem terkenal tanah air, Datuk Yusof Haslam bangkit membuat kenyataan balas bagi menyangkal tuduhan yang dilemparkan.

Ketika ditemubual oleh pemberita, Yusof yang juga merupakan Presiden, Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyifatkan kenyataan Wardina itu sebagai tidak matang walau sudah lama berkecimpung dalam dunia hiburan.

Yusof juga turut mengingatkan Wardia supaya tidak menyempitkan akal fikiranya dan bertindak mengikut emosi kerana sebagai seorang yang berpelajaran, dia harus bijak menilai sesuatu perkara sebelum menuding jari kepada pihak lain apabila berlaku masalah sosial.

Pengarah siri drama Gerak Khas itu turut menegaskan bahawa masalah sosial seperti buli sudah lama berlaku di kalangan masyarakat dan tidak logik sekiranya filem tempatan dipersalahkan apabila ada pihak lain cuba lepas tangan.

Kantanya lagi, Wardina tidak sepatutnya menuding jari dan menyalahkan filem tempatan sahaja sedangkan banyak lagi akses lain  seperti internet yang mudah dicapai oleh golongan remaja masa kini untuk menonton video atau filem yang tidak sepatutnya.

wardina-karate-info-anda

Baru-baru ini, Wardina menerusi laman sosial Facebook miliknya telah meminta agar penerbit filem-filem berunsur gangster dan ganas bertanggungjawab terhadap kes buli yang melibatkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Wardina  turut mendakwa kebanyakan filem ganas dan gangster yang ditanyangkan telah memberi inspirasi tidak baik kepada penonton apabila aksi-aksi ganas yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon popular dalam filem tersebut menjadi ikutan remaja di luar lokasi pengambaran.

Pada awal minggu lalu, negara digemparkan dengan dua klip video kes buli yang melibatkan sekumpulan pelajar di sekolah berasrama penuh sehingga menjadi viral di laman sosial dan mendapat perhatian pihak polis. Berdasarkan beberapa laporan, beberapa orang pelajar yang terlibat telah ditahan polis dan dikenakan tindakan buang sekolah.
Yusof Haslam Pelawa Wardina Berlakon Dalam Filem Gangster Yusof Haslam Pelawa Wardina Berlakon Dalam Filem Gangster Reviewed by Jom Kongsi on 4:04 PTG Rating: 5

1 ulasan:

  1. menarik info :)

    Google adsense tidak diterima? Adversal adalah peganti terbaik
    https://www.adversal.com/publisher/rindex?t=0&c=75fb85412ecc9c9f7ffaea255d37156d

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.