Kim Kardashian Cemburu Dengan Populariti Adik Sendiri

Kendall-Jenner-sexy

Model terkenal Hollywod, Kim Kardashian yang gemar menayangkan bentuk tubuhnya dikhalayak ramai hari ini meluahkan perasaan cemburu dan tertekan terhadap adik kandungnya sendiri kerana berjaya meraih populariti dalam tempoh yang singkat.

Menurut laporan berita hiburan tempatan, Kendall Jenner telah dinobatkan sebagai bintang muda Hollywood berpendapatan tinggi. Liputan media secara meluas yang diberikan kepada Kendall Jenner turut menjadi penyumbang populariti kakanya menurun.

Beberapa sumber lain memberitahu, Kim merasa terganggu dan tercabar  dengan populariti yang dikecapi adiknya sekarang. Kim turut mengeluh apabila aktivitinya dalam bidang peragaan terjejas dan tidak mendapat banyak tawaran seperti sebelumnya.

Jelas Kim lagi, sesuatu yang drastik perlu dilakukan untuk menyaingi populariti adiknya yang sedang meningkat naik. Jika tidak bintangnya sebagai model terkenal akan terus kelam di tangan adik sendiri.

Ketika ditanya wartawan apakah tindakanya selepas ini, Kim hanya tersenyum dan enggan menyatakan apakah langkah yang akan diambil untuk menaikkan semula namanya dalam dunia peragaan.
Kim Kardashian Cemburu Dengan Populariti Adik Sendiri Kim Kardashian Cemburu Dengan Populariti Adik Sendiri Reviewed by Jom Kongsi on 7:13 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.