Kourtney Kardashian Bergambar Bogel Demi Anak Yang Bakal Dilahirkan

kourtney-kardashian-pregnant

Keluarga Kardashian sememangnya tidak pernah sunyi dari kontroversi. Hampir saban minggu ada sahaja cerita menarik dan panas tentang pasangan adik-beradik ini dilaporkan oleh media hiburan tempatan.

Selepas populariti Kim Kardashian dilaporkan semakin menurun setelah adiknya, Kendall Jenner dinobatkan sebagai bintang muda Hollywood berpendapatan tinggi baru-baru ini. Sekarang giliran kakanya pula iaitu Kourtney Kardashian cuba meraih populariti dengan bergambar bogel di sebuah majalah ketika sedang sarat mengandung.

Kourtney dalam satu sesi temubual, meluahkan rasa bangga dengan gambar bogelnya itu kerana ia sangat unik dan memberi tahu bahawa gambar tersebut diambil untuk ditunjukkan kepada anak dalam kandunganya yang bakal lahir tidak lama lagi.

Menurut sumber, ini bukan kali pertama Kourtney memuat naik gambar bogelnya di laman sosial. Terbaru, kakak kepada Kim dan Kandall ini pernah menyiarkan gambar bogelnya di laman Instagram miliknya dengan hanya mengayakan rantai dan beberapa hiasan berbulu.

Namun, tindakan Kourtney memuat naik gambar bogelnya untuk tontonan pengikut laman Instagramnya telah mengudang pelbagai reaksi sehingga menjadi kontroversi.
Kourtney Kardashian Bergambar Bogel Demi Anak Yang Bakal Dilahirkan Kourtney Kardashian Bergambar Bogel Demi Anak Yang Bakal Dilahirkan Reviewed by Jom Kongsi on 3:20 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.