Priyanka Chopra Dinobat Wanita Asia Paling Seksi 2014

priyankachopra-sexy-2014

Siapa sangka, kejelitaan rupa paras serta sifat suka membantu yang dimiliki oleh pelakon filem Bollywood terkenal ini telah menobatkan dirinya sebagai Wanita Asia Paling Seksi 2014.

Priyanka Chopra yang pernah membintangi filem Big Brother hari ini telah dinobatkan sebagai wanita asia paling seksi 2014 oleh akhbar Estern Eye berdasarkan beberapa kritiria tertentu.

Menurut kajian yang dilakukan oleh akhbar tersebut, Priyanka Chopra berjaya mengungguli tempat pertama dengan beberapa alasan bagi menewaskan pelakon Katrina Kaif yang sebelum ini pernah menyandang gelaran  wanita asia paling seksi.

Memetik kenyataan editor akhbar tersebut, Priyanka dipilih dan dinobatkan sebagai wanita asia paling seksi 2014 kerana pelakon itu mempunyai ciri-ciri keperibadian yang baik serta sangat aktif melakukan kegiatan sosial dalam masyarakt.

Kata editor akhbar itu lagi, Priyanka bukan sahaja menjadi wanita tercantik di asia, malah dia juga turit menjadi simbol kekuatan bagi kaum wanita setelah membintangi filem Mary Kom.
Priyanka Chopra Dinobat Wanita Asia Paling Seksi 2014 Priyanka Chopra Dinobat Wanita Asia Paling Seksi 2014 Reviewed by Jom Kongsi on 1:29 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.