Kim Tae Hee Bengang Wajah Sebenarnya Didedahkan Tanpa Izin

kim-tae-hee-kpop

KECANTIKAN sebenar wajah Kim Tae Hee akhirnya terbongkar apabila penerbit program rancangan hiburan tempatan, Let's Go baru-baru ini telah mendedahkan rupa asal pelakon wanita itu semasa zaman persekolahan bersama-sama penonton yang mengikuti rancangan tersebut.

Memetik laporan portal hiburan tempatan negara itu, dua pengacara jemputan yang mengendalikan program berkenaan berjaya mendapatkan gambar tersebut sebelum menyebarkan untuk tontonan peminat tanpa kebenaran. Menurut Hong Jin Ho dan Lee Doo Hee, gambar tersebut diperolehi dari seorang bekas pelajar yang pernah sama-sama bersekolah dengan Kim Tae Hee.

Akibat tindakan dua pengacara yang mengendalikan rancangan tersebut mendedahkan rupa sebenar teman wanita kepada aktor kacak kegilaan ramai wanita iaitu Rain, menyebabkan Tae Hee merasa kurang selesa dan meminta pihak penerbitan memohon maaf kepadanya.

Kim-Tae-Hee-school

Sebagai menghormati permintaan Tae Hee, pihak penerbit memberi tahu bahawa mereka telah menghubugi artis berkenaan untuk memohon maaf, namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.

Kebanyakkan artis Korea baik lelaki dan wanita sememangnya terkenal dengan pembedahan plastik. Sebahagian dari mereka telah berjaya mengubah keseluruhan bentuk wajah mereka sehingga sukar dikenali.
Kim Tae Hee Bengang Wajah Sebenarnya Didedahkan Tanpa Izin Kim Tae Hee Bengang Wajah Sebenarnya Didedahkan Tanpa Izin Reviewed by Jom Kongsi on 10:13 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.