Ingin Tahu Kenapa Lelaki Mudah Terlena Selepas Berasmara

tidur-selepas-asmara

Bagi pasangan yang kerap melakukan hubungan intim pasti pernah mengalami situasi sebegini bukan? Berdasarkan satu kajian rambang tentang gejala ini, mendapati lebih ramai lelaki mudah terlena atau cepat mengantuk selepas klimaks  berbanding wanita.

Sebilangan wanita beranggapan bahawa pasangan mereka yang mudah terlena setelah klimaks ini tidak merasa puas di dalam hubungan asmara yang dilakukan bersama. Namun, tanggapan tersebut disanggah oleh beberapa  pakar yang membuat kajian terhadap gejala ini dengan menjelaskan bahawa lelaki akan lekas mengantuk apabila merasa puas selepas melakukan hubungan intim.

Situasi mudah tertidur atau lekas mengantuk ini bukanlah fenomena luar biasa yang hendak dihairankan walau adakalanya ia boleh mengundang perasaan geram, terhadap pasangan yang masih lagi tidak merasa puas serta dahagakan belaian manja. Perkara sebegini terjadi biasanya disebabkan rembesan kimia biologik dikenali sebagai beta-endorfin, oxitocin dan prolactin selain kimia hasil tindak balas urat saraf yang keluar disaat lelaki sedang berejakulasi.

Untuk mengelak situasi ini supaya pasangan tidak merasa bengang dengan tabiat mudah tidur kita selepas klimaks, ajaklah isteri atau teman wanita tidur dalam pelukan. Untuk mengisi masa yang berbaki sebelum tidur, sebaiknya manfaatkanlah waktu tersebut dengan bercumbu atau melakukan aksi ringan-ringan bersama pasangan.

Terdapat beberapa cara yang boleh dipraktikan jika mahu melakukan hubugan intim sepanjang malam bersama pasangan. Pilih waktu yang sesusai dan jangan tunggu hingga lewat malam baru hendak melakukan hubungan intim. Selain itu, pesan pada suami atau teman lelaki jangan makan terlalu banyak sebelum melakukan seks. Ini kerana apabila perut lapar kita tidak mudah rasa mengantuk.

Diharap dengan penjelasan di atas, kaum wanita faham kenapa pasangan anda mudah terlena setelah selesai melakukan hubugan intim. Jika anda tidak mahu perkara begini berulang setiap malam, nasihatkan lah pasangan anda supaya ikut panduan di atas.
Ingin Tahu Kenapa Lelaki Mudah Terlena Selepas Berasmara Ingin Tahu Kenapa Lelaki Mudah Terlena Selepas Berasmara Reviewed by Jom Kongsi on 10:00 PG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.