Khloe Kardashian Belum Bersedia Terima Cinta Bekas Kekasihnya

khloe-kardashian-hot

Adik-beradik Kardashian sememangnya tidak pernah lekang dari sebarang isu mahu pun kontroversi. Hampir setiap hari ada sahaja cerita hangat berkenaan mereka keluar di media-media hiburan. Walaupun nama mereka tidak begitu popular dalam bidang lakonan ataupun nyayian, namun segela kontriversi yang melanda telah membuatkan diri mereka menjadi perhatian ramai.

Terbaru, seorang penyanyi rap suam-suam kuku, French Montana dilaporkan telah merayu bekas kekasihnya, Khole Kardashian agar menerima cintanya kembali dengan menghadiahkan sejambak bunga ros bersempena sambutan Hari Kekasih baru-baru ini.

Sebuah portal hiburan tempatan melaporkan, French dikatakan sedang angau dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk memujuk bekas kekasihnya itu supaya kembali kepangkuannya sebelum mereka berpisah.

French-khloe-couple

Menurut sumber yang rapat dengan penyanyi rap tersebut, ini bukan kali pertama French memujuk bekas teman wanitanya, tetapi segala usaha yang dilakukan sebelum ini hanya sia-sia apabila Khole masih tidak berganjak dengan keputusanya untuk berpisah.

Oleh kerana tidak yakin dengan kesungguhan cinta bekas teman lelakinya, Khole mengambil keputusan dengan tidak memberi sebarang respon terhadap segala cubaan untuk memujuknya. Adik kepada Kim Kardashian sebelum ini dilaporkan begitu serius dengan hubungan cinta mereka. Disebabkan sikap French sendiri yang tidak menghargai cinta mereka telah membuat Khole tawar hati dan berpisah.
Khloe Kardashian Belum Bersedia Terima Cinta Bekas Kekasihnya Khloe Kardashian Belum Bersedia Terima Cinta Bekas Kekasihnya Reviewed by Jom Kongsi on 9:13 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.