Melancap Sebenarnya Baik Untuk Lelaki

ilustrasi-melancap

Merujuk pada tajuk artikel di atas pasti ada kaum wanita akan bertanya dalam hati mereka 'OMG biar betul!'. Apa pula pandangan anda selaku kaum lelaki tentang perkara yang sedang dibincangkan? Pernahkah anda melakukanya sebelum ini?

Jawapanya, biarlah rahsia.

Dalam artikel tentang lelaki hari ini penulis ingin kongsikan kebaikan dan kelebihan masturbasi, onani atau dalam bahasa pasarnya orang selalu sebut melancap. Tapi, sebelum itu, suka penulis nak ingatkan anda supaya membaca keseluruhan isi kandungan artikel ini dengan minda yang terbuka.

Perbuatan melancap, pada kebiasaanya dilakukan oleh lelaki dewasa yang sudah akhil baligh, maknaya yang sudah mempunyai keiinginan (nafsu). Perkara ini bukanlah sesuatu yang pelik apatah lagi berunsur tabu kerana kelakuan tersebut didorong oleh keinginan semula jadi yang membuak-buak.

Ada yang berpendapat melakukan onani atau melancap ini adalah satu hal yang normal bagi setiap lelaki dan ada yang beranggapan perbuatan tersebut juga ada manfaatnya. Samada tepat atau tidak tangapan-tangapan yang diberikan itu, terpulang kepada kita untuk menilainya.

Di beberapa buah negara maju seperti Amerika, United Kingdom dan negara Eropah lain, hampir 30 pertaus lelaki dewasa di negera berkenaan melakukan aktiviti onani. Menurut satu kajian yang dilakukan, secara purata kaum lelaki di sana melakukan mastrubasi sekurang-kurangnya 2 kali dalam tempoh seminggu. Berdasarkan hasil kajian itu juga mendapati amalan melancap mampu mencegah pelbagai penyakit.

Amalan masturbasi juga boleh disamakan dengan amalan memberus gigi yang bertujuan untuk menghilangkan kuman pada mulut. Dengan melakukan masturbasi secara teratur dan relaks, ia mampu menghindari penyakit dalam tubuh dengan mudah. Antara manfaat lain amalan masturbasi ini ialah dapat mengelak serangan kanser prostat.

Disaat sperma terpancut keluar ketika melakukan masturbasi, racun penyebab kanser prostat akan keluar melalui saluran kencing. Namun, harus diingat bahawa perbuatan masturbasi ini jika dilakukan terlalu kerap dan tidak teratur akan menyebabkan masalah lain pula.

Selain boleh membuang racun penyakit kanser prostat, melakukan aktiviti masturbasi juga dapat mencegah disfungsi ereksi. Perkara ini sangat ditakuti kaum lelaki kerana perkara ini sering berlaku apabila sedang melakukan persetubuhan bersama pasangan sehingga menyebabkan proses bercinta terhenti separuh jalan.

Namun, masih ada yang percaya, setelah melakukan masturbasi, diri bukan sahaja merasa puas yang luar biasa, tetapi mampu memperkuat sistem pertahanan tubuh, meningkatkan tahap keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri secara berterusan. Sebab itulah ada yang berpendapat bahawa amalan ini bagus untuk kesihatan.

Untuk info anda, masturbasi boleh dilakukan dalam dua cara iaitu samada anda melakukanya sendiri atau meminta pertolongan dari pasangan anda untuk melakunya. Parktis yang kedua ini seringkali dilakukan oleh pasangan di luar sana bertujuan untuk mengeratkan hubugan cinta dan rumah tangga disaat si kekasih atau isteri datang bulan.
Melancap Sebenarnya Baik Untuk Lelaki Melancap Sebenarnya Baik Untuk Lelaki Reviewed by Jom Kongsi on 12:14 PTG Rating: 5

1 ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.