Lagi-Lagi Jamal Tak Bosan Ke?

jamal-yunos-omg

OMG! Lagi-lagi Jamal, dah tak ada orang lain ke? soal Netizen di laman sosial.

Sejak seminggu ini, susuk tubuh individu bernama Jamal Yunos menjadi bualan Netizen di laman sosial serta mendapat liputan meluas media massa.

Hampir setiap minit boleh dikatakan nama individu ini akan melintas di garis masa (time line) atau terpapar di suapan berita (news feed) apabila membuka akaun laman sosial seperti Facebook.

Nama Jamal Yunos meletup hingga menjadi buah mulut ramai sampai hari ini gara-gara aksinya yang bersahaja membuat bantahan dengan bertuala di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor berhubung isu air di negeri itu.

Gelagat Ketua UMNO Bahagian Sg. Besar itu turut menarik perhatian pihak tertentu termasuk artis terkenal tanah air iaitu Siti Nurhaliza sehinggakan mereka berdua 'berperang mulut' di media sosial.

Baru-baru ini Jamal Yunos main gila lagi dengan menyerang pusat maksiat dan judi haram di sekitar Sekinchan. Menurut laporan media, tindakan tersebut diambil sebagai reaksi balas terhadap tindakan berat sebelah Pihak Bekuasa Tempatan (PBT) yang menyita dan meroboh resort miliknya.

Samada suka atau tidak, dijangka nama Jamal Yunos akan terus disebut-sebut beberapa minggu akan datang kerana aksi serta tindakanya itu mampu membuatkan orang ramai terhibur, sakit hati dan sentap.
Lagi-Lagi Jamal Tak Bosan Ke? Lagi-Lagi Jamal Tak Bosan Ke? Reviewed by Abdul Qayyum on 2:09 PTG Rating: 5

1 ulasan:

  1. Jamal nak glamour murahan...sebab dia tak popular macam artis

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.