Lipas Hidup Bersarang Dalam Telinga

lipas-hidup-dalam-telinga

Seorang wanita yang mengalami sakit telinga berpanjangan terkejut apabila doktor mengeluarkan lipas yang masih hidup ketika mendapatkan rawatan di hospital baru-bari ini.

Wanita yang hanya mahu dikenali  sebagai Liao itu berkata , dia sering terjaga daripada tidur gara-gara mengalami sakit telinga selain terasa ada sesuatu  sedang bergerak.

"Saya boleh merasai bunyi seperti kepak serangga sedang bergerak-gerak dan ia sangat menyakitkan,".

Akibat tidak tahan dengan apa yang dialaminya, dia yang berasal dari Bandar Huai Hua datang ke sebuah hospital bagi mendapatkan rawatan.

Seorang doktor yang memerikas telinganya dengan menggunakan endoskop, mendapati terdapat seekor lipas hidup dalam organ pendengaran wanita berkenaan.

Doktor itu kemudian menggunakan penyepit  bagi mengeluarkan lipas tersebut.
Lipas Hidup Bersarang Dalam Telinga Lipas Hidup Bersarang Dalam Telinga Reviewed by Abdul Qayyum on 9:45 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.