Miliki Banyak Akaun Media Sosial Boleh Sebabkan Masalah Mental

media-sosial-kesihatan

Berdasarkan satu kajian terkini pasukan penyelidik dari Universiti of Pittsburgh mendapati, jumlah akaun media sosial yang dimiliki oleh seseorang  dapat mendedahkan pelbagai perkara mengenai kesihatan mental mereka.

Menurut Pensyarah Sains Kesihatan universiti tersebut, Brian A. Primack dan pasukanya telah menjalankan kajian terhadap 1,787 respoden di Amerika Syarikat (AS) berusia 19 hingga 32 tahun untuk menentukan hubung kait antara tahap kesihatan mental dan penggunaan media sosial.

Soal selidik berkenaan tertumpu kepada penggunaan 11 platform media sosial yang popular iaitu Facebook, YouTube, Twitter, Google Plus, Instagram, SnapChat, Reddit, Tumblr, Pinterest, Vine dan Linkedln.

Kajian tersebut mendedahkan bahawa remaja yang menggunakan tujuh hingga 11 platform media sosial yang berbeza adalah tiga kali lebih cenderung untuk menghadapi gejala kemurungan berbanding mereka yang mempunyai kurang daripada dua akaun.

"Kajian ini memperoleh dua kemungkinan. Mereka yang mengalami gejala kemurungan atau keresahan mahupun kedua-duanya sekali, cenderung untuk mempunyai lebih banyak akaun media sosial.

"Individu berkenaan akan mencari pelbagai sumber untuk merasa selesa dan diterima. Namun usaha untuk mengekalkan kehadiran dalam setiap platform yang diwijudkan itu juga boleh mengundang masalah kemurungan dan kebimbangan," jelasnya.

Dalam pada itu, Primack berkata, usaha mengendalikan kesemua akaun media sosial dalam satu masa turut mempengaruhi tahap kesihatan pemikiran dan mental individu berkenaan.

Tambah beliau lagi, menerusi maklumat ini, pakar kaunseling boleh mempertimbangkan untuk bertanya kepada pesakit tentang jumlah akaun media sosial yang dimiliki serta menasihatkan mereka yang terlibat bahawa penggunaan platform tersebut mungkin menjadi punca kepada masalah kemurungan yang dihadapi.
Miliki Banyak Akaun Media Sosial Boleh Sebabkan Masalah Mental Miliki Banyak Akaun Media Sosial Boleh Sebabkan Masalah Mental Reviewed by Abdul Qayyum on 3:04 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.