Rupa Cantik Bukan Alasan Tak Boleh Buat Kerja Berat

Brenda-Trivena-Viral

Nama Brenda Trivena Grace Salea, 21,  kini menjadi sebutan Netizen di Indonesia sejak kisah kegigihanya melakukan kerja berat seperti yang dilakukan kaum lelaki menjadi viral di media sosial.

Anak kelahiran Minahasa, Sulawesi Utara itu bukan sahaja cantik persis model, malah tidak malu dan kekok melakukan pekerjaan yang selayaknya dilakukan oleh lelaki.

Meskipun usianya masih muda, gadis itu sudah melakukan pelbagai pekerjaan termasuk menjadi pemandu kenderaan dan buruh bangunan.

Semua pekerjaan itu dilakukanya semata-mata untuk menyara keluarga serta bayar yuran pengajianya.

Biarpun kerja yang dilakukan itu tidak sesuai dengan keadaan dirinya, Brenda tidak pernah mengeluh untuk melakukan kerja-kerja seperti itu.

Menurut laporan media tempatan, Brenda kini sedang mengikuti pengajian dalan bidang Akademi Pengurusan Maklumat Perkomputeran (AMIK) di Sekolah Tinggi Pengurusan Maklumat Perkomputeran (STMIK) di Manado.

Di tempat kelahiranya, Brenda lebih dikenali sebagai seorang pemandu 'angkut' di sekitar Likupang-Tatelu.
Rupa Cantik Bukan Alasan Tak Boleh Buat Kerja Berat Rupa Cantik Bukan Alasan Tak Boleh Buat Kerja Berat Reviewed by Khairuddin Halim on 9:40 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.