Murah Dan Sedap Tapi Tiada Sijil Halal

coklat-daim-toblerone

OMG! Setelah habis bertelap-telap makan coklat Daim sehingga menjadi darah daging, baru hari ini pihak JAKIM mengeluarkan notis memberitahu bahawa coklat berkenaan tiada sijil HALAL.

Tapi apa boleh buat, benda sudah masuk perut kira halal saja lah..Cuma selepas ini kena beringat dan lebih berhati-hati dalam bab makanan.

Baru-baru ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan coklat jenama Daim dan Toblerone bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Menurut laporan media tempatan, kedua-dua coklat jenama popular berkenaan tidak memperolehi sijil Halal daripada mana-mana badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.

Menerusi satu kenyataan yang dimuat naik dalam sosial, JAKIM menasihatkan orang ramai agar menjadi pengguna yang bijak dengan membeli produk yang mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara yang diiktiraf olehnya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.halal.gov.my untuk mengetahui produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan atau logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM.
Murah Dan Sedap Tapi Tiada Sijil Halal Murah Dan Sedap Tapi Tiada Sijil Halal Reviewed by Abdul Qayyum on 10:56 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.