Salji Turun di Gurun Sahara

snow-sahara-desert

Buat pertama kali dalam tempoh 37 tahun, padang pasir terbesar dunia, Gurun Sahara bertukar landskap apabila salji mulai turun di kawasan tersebut baru-baru ini.

Kali terakhir fenomena luar biasa itu berlaku di gurun paling panas di dunia itu ialah pada Febuari 1979.

Seorang jurugambar amatur, Karim Bouchetata berjaya merakam fenomena alam semulajadi itu di Ain Sefra, Algeria yang turut dikenali sebagai Gerbang Padang Pasir.

"Ramai yang terkejut apabila melihat salji turun di padang pasir kerana ia merupakan kejadian ganjil. Namun, salji itu hanya bertahan sehari sebelum ia cair," ujar Karim.

Gurun Sahara merupakan kawasan paling kering di dunia dengan keluasan 4.6 juta kilometer persegi.
Salji Turun di Gurun Sahara Salji Turun di Gurun Sahara Reviewed by Khairuddin Halim on 9:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.