Siti Nurhaliza Dikecam Netizen Berhubung Isu Air Selangor

siti-ali-zizou

Gara-gara membidas seorang pemimpin politik kerana memperjuangkan isu rakyat berhubung masalah air di Selangor, seorang penyanyi wanita tersohor tanah air, Dato Siti Nurhaliza telah dikecam hebat Netizen di media sosial.

Kecaman tersebut diajukan kepada penyanyi berkenaan kerana beliau gagal memahami isu sebenar yang sedang menghantui rakyat Selangor sejak sekian lama.

Menurut pemilik akaun laman sosial, Ali Zizou menerusi status Facebook miliknya berkata, tidak menjadi masalah sekiranya rumah Siti Nurhaliza tidak ada air kerana beliau boleh check-in mana-mana hotel untuk mandi.

Menerusi status yang sama, pemilik laman sosial tersebut  turut mengecam penyanyi berkenaan kerana tidak prihatin terhadap kepayahan yang dialami penduduk yang tinggal di pangsapuri atau flat apabuila terpaksa mengangkat air dari bawah naik ke atas kerana tidak ada kemudahan lif atau lif rosak.


Isteri kepada Dato K itu juga turut dinasihatkan agar tidak mencampuri urusan politik sekiranya beliau sendiri tidak begitu memahami isu sebenar yang berlaku.

Baru-baru ini, Dato Siti Burhaliza menerusi laman instagram beliau telah membidas tindakan seorang pemimpin politik di Selangor yang datang ke pejabat menteri besar dengan bertuala kononya hendak menumpang mandi.

Dalam status Instagram tersebut Siti Nurhaliza telah menyindir pemimpin politik berkeaan sebagai seorang yang tidak faham bahasa dan beliau turut menyeru pengikut Instagramnya supaya tidak menjadi seperti Jamal.
Siti Nurhaliza Dikecam Netizen Berhubung Isu Air Selangor Siti Nurhaliza Dikecam Netizen Berhubung Isu Air Selangor Reviewed by Abdul Qayyum on 2:42 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.