Sportrim Baru Bertukar Menjadi Batu-Bata

proton-saga-sportrim-hilang.png

OMG! Hanya Tuhan sahaja yang tahu bertapa remuknya hati dan kusutnya kepala bila melihat sport rim kesayangan yang baru dibeli hilang kena curi di siang hari.

Kejadian dilaporkan berlaku di kawasan pakir awam Klinik Kesihatan Mengkibol, Kluang, Johor.

Pada waktu kejadian, pemilik kenderaan berkenaan dikatakan sedang mengambil ubat untuk orang tuanya.

Setelah selesai berurusan, pemilik kereta Proton Saga itu menuju ke ruang tempat letak kenderaan klinik berkenaan lalu mendapati keepat-empat biji tayar keretanya hilang.

Menurut sumber Facebook, kegiatan mencuri itu diercayai dilakukan oleh kumpulan atau individu yang mahir tentang kereta kegiatan mencuri itu dilakukan dalam masa kurang setengah jam.

Jelas sumber itu lagi, pejenayah terbabit berkemungkinan telah lama memerhati kenderaan berkenaan sebelum mendapat masa yang sesuai untuk melakukan aktivit mereka.

Kawasan tempat letak kereta berkenaan juga turut diberitahu sering berlaku kejadian curi kenderaan walaupun dijaga pengawal keselamatan.

Laporan polis terhadap kecurian tersebut telah dibuat di balai polis berhampiran. Pihak polis kini sedang mejalankan siasatan. 

Polis juga meminta  orang ramai yang melihat kejadian tersebut tampil memberi keterangan sebagai saksi.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menayangkan barang-barang berharga milik mereka di laman sosial bagi mengelak menjadi sasaran penjenayah.
Sportrim Baru Bertukar Menjadi Batu-Bata Sportrim Baru Bertukar Menjadi Batu-Bata Reviewed by Abdul Qayyum on 9:56 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.