Suami Larang Mariah Carey Berpakaian Seksi

Mariah-Carey-Info-Anda

Penyanyi Mariah Carey mendedahkan dia perlu mendapatkan kebenaran untuk keluar dari rumah ketika berkahwin dengan eksekutif muzik, Tommy Mottola.

Mariah, 46, yang berkahwin dengan Tommy pada 1993 berkata, selain dilarang keluar dia juga tidak dibenarkan memakai pakaian seksi selain gerak-gerinya dikawal bekas suaminya itu.

Malah Mariah tidak digalakkan untuk mengadakan konsert jelajah dunia yang memerlukan dia berjauhan dengan Tommy sebaliknya lelaki itu lebih suka dia menghabiskan masa di studio bagi merakamkan album.

Bercakap menerusi program dokumentari, Mariah's World, penyanyi lagu Hero itu berkata, perkahwinan dengan ketua pegawai eksekutif syarikat Sony Music itu pada satu tahap telah menyebabkan dia hilang kawalan terhadap hidupnya sendiri.

Mereka bagaimanapun bercerai selepas hanya empat tahun berkahwin pada 1997.

"Saya berkahwin dengan seorang yang ketika itu sangat mengawal kehidupan saya.

"Tommy lebih berusia daripada saya dan dia mempunyai banyak kuasa dan mahu menjauhkan saya daripada kawan-kawan dan masyarakat.

"Saya perlu meminta kebenaran daripadanya untuk keluar dan adakalanya saya berasa takut," ujarnya seperti dilaporkan E! Online.

Ditanya mengenai perasaannya sentiasa terkurung di dalam rumah, Mariah berkata, dia sering menganggap tidak dapat melepaskan diri daripada cengkaman lelaki itu.
Suami Larang Mariah Carey Berpakaian Seksi Suami Larang Mariah Carey Berpakaian Seksi Reviewed by Khairuddin Halim on 2:35 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.