Tip Untuk Menjadikan Laman Web Mesra Pengguna Dan Enjin Carian

website-seo

Bagi membolehkan sesebuah laman atau blog itu popular atau berada pada kedudukan yang tinggi, perlu diketahui beberapa kriteria yang digunakan sesebuah enjin carian dalam membuat penarafan kedudukan bagi sesebuah laman sesawang (web atau blog).

Jadi, perlu ada taktik dan strategi dalam implementasi sesebuah laman sesawang yang seiring dengan kriteria tersebut.

Di sini dikongsikan beberapa panduan yang boleh digunakan untuk menjadikan sesebuah laman web itu mesra pengguna dan enjin carian.

1. Pastikan struktur sambungan sesebuah laman sesawang itu bersifat crawling atau menerawang. Web crawling merupakan kriteria asas dalam penarafan sesebuah laman sesawang oleh enjin carian.

2. Perkara penting untuk mengemaskini sesebuah laman web dengab memasukkan navigasi menu, tempatkan sambungan dengan kandungan yang berpadanan dan kemaskini peta laman XML dan HTML.

3. Asas bagi pengoptimuman enjin carian atau SEO (Search Engine Optimization) adalah kata kunci yang digunakan adalah betul dan tepat.

Ambil masa untuk membuat kajian mengenai perkataan-perkataan yang selalu digunakan oleh pengguna atau pengunjung yang berpotensi untuk dijadikan sebagai kata kunci.

4. Penggunaan struktur dan heading yang sesuai dan tepat dalam sesebuah laman web. Sebagai contoh, menuruti struktur perletakkan dengan <h1>, <h2> dan <h3>.

5. Manfaatkan penggunaan teks utama atau anchor text dengan cekap dalam sebuah laman sesawang. Teks utama digunakan untuk menunjukkan sambungan ke sesebuah kandungan lain dalam sesebuah laman web dan manfaatkan ia sebagai kata kunci. Elakkan penggunaan teks sambungan seperti click here dan sebagainya.

6. Aktif menulis artikel dan blog kerana ia dapat berinteraksi dengan para pengunjung 

7. Permudah pelayaran maklumat dan penggunaan perkataan yang jelas dan betul.

8. Kaji perkembangan sesebuah laman web dengan menggunakan aplikasi analitik web seperti Google Analytics.

9. Membuatkan sesebuah laman web boleh disambungkan, wujud dan dibaca menerusi mana-mana laman web sosial seperti Facebook, Twitter, Whatsapp dan banyak lagi.

10. Pastikan kandungan sesebuah laman web atau blog itu menarik, unik, sentiasa dikemas kini, relevan dan sesuai.
Tip Untuk Menjadikan Laman Web Mesra Pengguna Dan Enjin Carian Tip Untuk Menjadikan Laman Web Mesra Pengguna Dan Enjin Carian Reviewed by Khairuddin Halim on 3:40 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.