Tolong Jangan Main Telefon Bimbit Ketika Dalam Masjid

telefon-bimbit-masjid

Kesan dari ledakan teknologi maklumat telah menjadikan dunia kini tiada lagi batas sempadan. Apa sahaja maklumat atau berita terkini boleh diperoleh dengan mudah dan pantas melalui telefon bimbit.

Tapi malangnya, kemudahan untuk mendapatkan maklumat pada sepanjang masa juga mempunyai keburukan. Contoh paling mudah, masih terdapat jemaah khususnya pada hari Jumaat begitu asyik menggunakan telefon bimbit sehingga deringan demi deringan mengganggu jemaah lain yang sedang khusyuk beribadat.

Ajaran Islam sendiri ada memberi garis panduan jika seseorang itu ingin membaca al-Quran di dalam masjid, bacaan perlu diperlahankan bagi memastikan jemaah lain tidak terganggu. Garis panduan sama harus digunakan berhubung isu telefon bimbit.

Penggunaan telefon bimbit di masjid perlu dihadkan dan hanya boleh digunakan jika terdapat kes-kes kecemasan seperti memaklumkan kematian.

Realiti yang berlaku di masjid sekarang adalah sebaliknya. Terdapat segelintir individu tidak segan silu membaca WhatsApp atau bermain Twitter ketika ustaz menyampaikan kuliah atau semasa khatib membaca khutbah!

Semua pihak perlu memberi teguran jika melihat jemaah lain begitu asyik melayan telefon bimbit.

Saya amat berharap pihak pengurusan masjid dapat memaparkan notis lebih jelas dan membuat pengumuman dari semasa ke semasa supaya jemaah hanya menggunakan telefon bimbit untuk urusan kecemasan sahaja.

JEMAAH MASJID
Putrajaya
Tolong Jangan Main Telefon Bimbit Ketika Dalam Masjid Tolong Jangan Main Telefon Bimbit Ketika Dalam Masjid Reviewed by Khairuddin Halim on 11:51 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.