Wanita Berang Jamuan Majlis Resepsi Perkahwinan Dikenakan Bayaran

stinggy-wedding

Seorang wanita terkejut apabila terpaksa membayar sebanyak 2.5 pound (RM13.70) ketika menghadiri majlis perkahwinan di lokasi yang tidak dinyatakan di United Kingdom (UK) baru-baru ini.

Menurut sumber, rasa tidak puas hati itu diluahkan menerusi laman sesawang yang dikhususkan untuk keluarga iaitu Mumsnet.

Wanita yang menggunakan nama 'Stinggy Wedding' itu turut mempersoalkan kewajaran pasangan pengantin tersebut berbuat demikian.

"Saya menghadiri majlis perkahwinan seorang kenalan baru-baru ini. Sungguh kedekut, mereka menyediakan minuman pada majlis resepsi dan mengenakan bayaran.

"Adakah salah sebagai seorang tetamu untuk memikirkan bahawa anda sebagai penganjur perlu menyediakan segala-galanya untuk tetamu anda? Bukanlah saya terlalu inginkan semua benda secara percuma, namun apa salahnya untuk menyediakan minuman ringan sebagai contoh," luah wanita itu.

Pendedahan wanita tersebut menerima maklum balas dari pengguna internet yang kebanyakkanya bersetuju dengan pandangan tersebut.

"Jika anda tidak mampu untuk menganjurkan majlis perkahwinan yang besar, janganlah mengenakan bayar terhadap tetamu," kata seorang pengguna yang dikenali sebagai 'LelsieKnope45'.

Bagaimanapun, terdapat dalan kalangan pengguna lain yang tidak bersetuju dengan pandangan wanita berkenaan.

"Mungkin mereka tidak mampu menyediakan makanan untuk semua tetamu," kata seorang lagi pengguna.
Wanita Berang Jamuan Majlis Resepsi Perkahwinan Dikenakan Bayaran Wanita Berang Jamuan Majlis Resepsi Perkahwinan Dikenakan Bayaran Reviewed by Khairuddin Halim on 9:36 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.