Aksi Gadis Tudung Panjat Papan Tanda 'Ipoh' Dikecam Netizen

Farina-Baharuddin-Papan-Tanda-Ipoh

Tindakan sekumpulan remaja lelaki dan perempuan memanjat papan tanda 'Ipoh' sambil melakukan aksi merbahaya yang viral di media sosial baru-baru ini telah mengundang pelbagai rekasi dari Netizen.

Ada yang menyokong dan sebahagian lagi mengecam tindakan yang dilakukan oleh remaja berkenaan. Rata-rata Netizen yang mengecam tindakan berkenaan berpendapat, apa yang dilakukan remaja itu seperti sengaja mencari nahas dan menempah maut.

Menurut sumber Facebook, salah seoarang dari remaja yang melakukan aksi 'bunuh diri' itu berkata, tindakanya bersama rakan-rakan memanjat papan tanda yang terletak di Jalan Kuala Kangsar itu telah mendapat restu Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Bagaimanapun, selepas beberapa hari isu ini viral, pihak MBI tampil mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana kumpulan atau individu untuk memanjat papan tanda berkenaan.

Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man, pihaknya akan menjalankan sisatan terhadap kumpulan remaja tersebut sebelum membuat laporan Polis.

Jelasnya, siasatan itu perlu bagi membolehkan pihak MBI mengambil tindakan ke atas remaja berkenaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Zamri turut menegaskan, sekiranya berlaku insiden seperti papan tanda itu tumbang dan menimpa pengguna jalan raya, ia berkemungkinan besar berpunca daripada pencerobohan yang dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab itu.
Aksi Gadis Tudung Panjat Papan Tanda 'Ipoh' Dikecam Netizen Aksi Gadis Tudung Panjat Papan Tanda 'Ipoh' Dikecam Netizen Reviewed by Khairuddin Halim on 12:39 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.