Bakal Doktor Gigi Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia

missuniverse-france-Iris-Mittenaere

Penuntut jurusan pembedahan pergigian, Iris Mittenaere dari utara Perancis dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Miss Universe ke-65 yang berlangsung di Mall of Asia Arena di Pasay City.

Memetik laporan Mstar, Mittenaere berjaya menewaskan 85 wanita paling cantik di dunia yang menyertai pertandingan itu.

Mahkota kemenangan dipakaikan oleh penyandang gelaran Miss Universe 2015, Pia Wurtzbach, dari Filipina.

Pada pusingan akhir itu, Mittenaere berjaya menjawab soalan yang ditanya mengenai krisis pelarian global dengan baik sehingga memikat hati juri yang mendengarnya.

Iris-Mittenaere-beauty

"Di Perancis kami mahukan globalisasi seluas mungkin. Kami mahu mempunyai pertukaran rakyat terbesar setakat yang kami mampu. Mungkin suatu hari nanti ia akan berubah tetapi sekarang kami mempunyai sempadan terbuka.

"Mempunyai sempadan terbuka membolehkan kita meneroka ke seluruh dunia dan mengetahui lebih lanjut mengenai apa yang ada di luar sana." ujarnya.
Bakal Doktor Gigi Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia Bakal Doktor Gigi Dinobat Sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia Reviewed by Khairuddin Halim on 12:09 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.