Ben Affleck Menyesal Terjebak Dalam Dunia Hiburan

ben-affleck-omg-media-hub

Bintang terkenal Hollywood, Ben Affleck baru-baru ini membuat pengakuan terbuka bahawa dia sebenarnya menyesal kerana terlibat dalam dunia hiburan sejak di usia yang muda.

Menurut Ben, hal itu menyebabkan dia terlepas banyak perkara dalam hidup. Dia juga mengaku gaya hidup sebagai seorang selebriti muda menyebabkan dirinya terjebak dengan banyak kesilapan.

"Saya sebenarya seorang yang sering berpegang pada nilai hidup yang tinggi dan sentiasa tahu apa yang mahu lakukan. Ini berbeza, sehinggalah saya membuat kesilapan terjebak dalam dunia hiburan dan menjadi terkenal.

"Untuk permulaan tahun kembara itu, saya mengalami kegagalan dan membuat banyak kesilapan dalam hidup. Ya, saya akui, itu amat memalukan," katanya.

Bagaimanapun, kata Ben, dia terpaksa melalui semua itu kerana sudah menetapkan ini adalah jalan hidup yang dipilihnya. Kehidupan juga baginya umpama roda, ada naik dan turun.

Justeru, bapa kepada tiga orang anak itu berhasrat agar anak-anaknya tidak memilih untuk membina kerjaya sebagai anak seni apabila bereka sudah dewsa nanti.

"Kalau boleh saya mahu mereka pilih kerjaya lain. Apa sahaja saya akan bantu asalkan bukan dunia seni," katanya.
Ben Affleck Menyesal Terjebak Dalam Dunia Hiburan Ben Affleck Menyesal Terjebak Dalam Dunia Hiburan Reviewed by Khairuddin Halim on 10:03 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.