Cadangan Menteri Wilayah Larang Motor 'Kap Cai' Masuk KL Dikecam Netizen

motor-kapcai-kl

Cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor melarang motosikal bersaiz kecil (kapchai) dari memasuki  pusat bandar Kuala Lumpur kononya untuk mengurangkan kes jenayah ragut dan pelepasan karbon mendapat kecaman Netizen.

Memetik laporan The Star, Tengku Adnan berkata, kaedah larangan tersebut ketika ini merupakan satu usaha yang tepat kerana pengangkutan awam yang sedia ada kini terdapat pelbagai pilihan dengan tambang yang amat berpatutan.

Jelas beliau, pada waktu puncak jumlah populasi di bandar Kuala Lumpur meningkat mendadak antara lima atau tujuh juta kerana ramai yang berulang alik ke tempat kerja.

netizen-kapchai-fb

Beliau turut memberi contoh negara lain yang mana kebanyakan bandar utama di sana tidak membenarkan motosikal kapchai berada di jalan raya apabila waktu puncak.

Melihat situasi di Malaysia, beliau akur dengan kajian yang menunjukkan bahawa orang ramai masih memerlukan motosikal kerana mereka tidak mampu untuk membeli kenderaan lain disebabkan pendapatan yang rendah.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan menguatkuasakan larangan kemasukan motosikal kapchai ke bandar sebaik sahaja sistem pengangkutan awam yang murah boleh didapati.
Cadangan Menteri Wilayah Larang Motor 'Kap Cai' Masuk KL Dikecam Netizen Cadangan Menteri Wilayah Larang Motor 'Kap Cai' Masuk KL Dikecam Netizen Reviewed by Abdul Qayyum on 3:22 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.