Datuk 'Terlajak Laris' Ceburi Bidang Lakonan Bukan Kerana Duit

Aliff-Syukri-Terlajak-Laris.png

Biarpun 'cuaca' ekonomi negara sekarang tidak menentu, namun rezeki pengasas D’Herbs Healthy Sdn. Bhd, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman terus bertambah dan semakin murah pada tahun ini.

Siapa sangka, dalam kecemerlangan mengemudi antara syarikat produk penjagaan kesihatan terkenal di Malaysia, terselit keinginan lelaki berusia 30 tahun ini untuk bergelar pelakon.

Akhirnya, impianya itu menjadi kenyataan apabila pengarah prolifik, Datuk Prof Dr A Razak Mohaideen dilaporkan baru-baru ini melamar beliau sebagai pelakon utama dalam filem terbarunya berjudul Badang.

Menurut laporan media hiburan tempatan, Aliff pada mulanya keberatan untuk menerima tawaran berkenaan. Namun, disebabkan jalan ceritanya menarik, akhirnya dia menerima lamaran dari Dr A Razak. 

Beliau turut menyatakan bahawa sebelum ini pernah menerima tawaran dari beberapa produksi filem, tetapi tawaran tersebut terpaksa ditolak kerana tidak yakin dengan watak yang diberi dan dalam pada masa yang sama juga tidak boleh meninggalkan bisnesnya.

Bercakap kepada wartawan, beliau turut menegaskan tidak akan membawa karakter Aliff Syukri atau karakter gedik dalam filem tersebut dan berharap dapat membawa watak Bad dengan baik dan berkesan.

Dalam pada masa yang sama, beliau turut menafikan dakwaan pihak tertentu yang mengatakan bahawa beliau terjun ke dalam dunia lakonan semata-mata kerana duit dan untuk glamor.

Dalam filem Badang itu nanti, Aliff bakal bergandingan dengan aktres berbakat besar Fasha Sandha serta aktor hebat Fauzi Nawawi dan anaknya, Fareez Fauzi.

Selain dari tawaran berlakon, Datuk Aliff Syukri turut mendapat tawaran untuk menjadi duta Samsung Galaxy A series.
Datuk 'Terlajak Laris' Ceburi Bidang Lakonan Bukan Kerana Duit Datuk 'Terlajak Laris' Ceburi Bidang Lakonan Bukan Kerana Duit Reviewed by Khairuddin Halim on 12:38 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.