Fattah Amin Masih Ada Hati Pada Neelofa?

neelofa-fattah-cinta

Aktor kacak yang menjadi kegilaan ramai wanita waktu ini iaitu Fattah Amin menafikan tidak pernah bergaduh dengan aktres jelita dambaan lelaki, Neelofa selepads dia dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan seorang aktres berdarah campuran baru-baru ini.

Menerusi satu kenyataan media baru-baru ini, Fattah atau Abdul Fattah Mohd Amin, 26, menjelaskan bahawa hubungan mereka berdua tidak mempunyai masalah, malah menganggap Neelofa sebagai kawan baiknya.

"Saya dan dia (Neelofa) tidak pernah bergaduh, bahkan tidak pernah timbul isu pergaduhan di antara kami.

"Saya dan Neelofa okay, kami memang berkawan baik," ujarnya

Bagaimanapun, Fattah enggan mengulas lanjut pertanyaan wartawan tentang kontroversi dan status hubungan mereka.

Fattah ditemui pada majlis amal Busking Aid On Train anjuran Universiti Utara Malaysia (UUM) yang diadakan di KL Sentral di sini, Sabtu.

Hubungan cinta Neelofa dan Fattah mula berputik selepas digandingkan bersama dalam sebuah drama bersiri berjudul Suri Hati Mr Pilot.

Tidak lama kemudian, hubugan cinta mereka berdua mula retak setelah Fattah dikatakan sedang bermain cinta dengan seorang wanita berdarah campuran yang juga merupakan seorang aktres.
Fattah Amin Masih Ada Hati Pada Neelofa? Fattah Amin Masih Ada Hati Pada Neelofa? Reviewed by Siti Norasikin on 11:14 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.