Ibu Dua Anak Didapati Bersalah Memperdaya Bakal Jemaah Haji


Disebabkan terlalu teruja hendak menunaikan ibadah haji dengan cepat, seorang suri rumah rugi RM9,500 setelah diperdaya seorang penganggur yang mengaku kononya mempunyai 'hubungan' dengan Tabung Haji.

Bagaimanapun, penganggur berkenaan, Hidayatul Akmal Yusoff, 28, berjaya ditahan dan didakwa kerana memperdaya Siti Dara Darman, 52, sehingga mendorong mangsa untuk menyerahkan wang tunai kepadanya bagi proses mempercepatkan giliran ibadah haji bagi tahun 2016 yang tidak wujud.

Memetik laporan Bernama, ibu kepada dua anak itu dituduh melakukan kesalahan berkenaan di premis Tabung Haji cawangan Kelana Jaya, di sini pada 21 September tahun lalu mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Khairul Aisamuddin Abd Rahman menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport ke mahkamah sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili peguam Keshreena Sidhu memohon mahkamah mengurangkan jaminan atas alasan dia mempunyai dua anak yang masih kecil dan seorang daripadanya menghidap penyakit jantung berlubang.

Majistret Salamiah Salleh membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 2 Februari untuk sebutan semula kes.
Ibu Dua Anak Didapati Bersalah Memperdaya Bakal Jemaah Haji Ibu Dua Anak Didapati Bersalah Memperdaya Bakal Jemaah Haji Reviewed by Siti Norasikin on 10:29 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.