Ingin Hidup Bergaya Punca Golongan Belia Ramai Berhutang

beli-kereta-baru

Berhutang bukanlah sesuatu yang buruk sekiranya diurus dengan bijak dan berdisiplin. Tidak salah berhutang sekiranya mahu memenuhi keperluan asas dalam kehidupan asalkan dibayar mengikut masa ditetapkan.

Menjadi amalan sebahagian besar mesyarakat memilih berhutang semata-mata memenuhi kehendak sehingga tiada kemampuan untuk menjelaskan ansuranya.

Sebilangan besar golongan belia mengalami tekanan menanggung bebanan hutang ketara disebabkan kelemahan menguruskan kewangan.

Situasi ini dapat dilihat sebaik sahaja graduan melangkah ke alam pekerjaan.

Menurut Naib Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Siti Rahayu Zakaria,  golongan ini cenderung membuat pinjaman pembiyaan kenderaan dahulu berbanding tabungan atau simpanan.

"Kebanyakkan mereka baru sahaja bekerja dan teruja dengan pendapatan yang diperoleh. Tanpa berfikir panjang tentang kos yang perlu ditanggung selepas memiliki kenderaan, mereka terus membuat pinjaman bank.

"Pada mereka, memiliki kenderaan adalah perkara pertama perlu dilakukan. Kesedaran terhadap kepentingan untuk menabung sangat rendah.

"Disebabkan pengurusan kewangan yang lemah, komitmen  bayaran bulanan mereka semakin tinggi. Selain perlu membayar hutang pendidikan, mereka turut dibebani hutang pembiyaan kenderaan dan lain-lain.

berbelanja-mewah

"Tabiat kewangan ini menyebabkan mereka sukar membuat simpanan sehinggakan 80 peratus daripada hasil pendapatan digunakan hanya untuk membayar hutang," katanya.

Rekod Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) pada 2014 menunjukkan setiap hari, secara purata 60 belia berusia 33 sehingga 40 tahun di negara ini diisytiharkan muflis.

Antra faktor penyebab muflis termasuklah sewa beli kenderaan iaitu 26.41 peratus. Seterusnya 17.6 peratus disebabkan pinjaman perumahan, 15.5 peratus pinjman peribadi, 12.39 peratus pinjaman perniagaan dan 4.18 peratus kegunaan kad kredit.

Dalam pada itu, kepelbagaian bentuk produk kewangan yang ditawarkan juga mempengaruhi golongan belia melakukan pinjaman meskipun perkara tersebut semakin sukar difahami.

"Misalnya, kemudahan pinjaman tanpa perlu mengemukakan wang pendahuluan merupakan salah satu faktor penarik yang menyebabkan mereka begitu teruja untuk membeli kenderaan.

"Namun, berlaku masalah apabila bayaran bulanan tidak mampu untuk diselesaikan disebabkan jumlah yang tinggi perlu dibayar.

"Selain itu, mereka juga sering terperangkap dengan perbelanjaan emosi dan cenderung mengamalkan gaya hidup yang mengutamakan kemahuan melebihi kemampuan.

"Ini berlaku disebabkan pengaruh trend dan terikut-ikut dengan rakan yang berbelanja mewah," katanya. - Utusan
Ingin Hidup Bergaya Punca Golongan Belia Ramai Berhutang Ingin Hidup Bergaya Punca Golongan Belia Ramai Berhutang Reviewed by Khairuddin Halim on 9:53 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.