Isteri Ditembak Suami Sendiri Kerana Makan Roti Bakar Keju Tanpa Kebenaran

Daniel-Bryan-Blackwell-grilled-Shoot-Wife

Gara-gara memakan roti bakar keju tanpa kebenaran, seorang suri rumah tangga nyaris maut ditembak suami sendiri.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika wanita berkenaan sedang menyediakan makan malam di dapur.

Menurut laporan media tempatan, Daniel Brian Blackwell, 55, melepaskan beberapa das tembakan ke arah isterinya melalui lantai di tingkat bawah rumah mereka.

Bagaimanapun, wanita itu terselamat dari terkena tembakan. Dia bersama tiga anaknya kemudian melarikan diri dari rumah dan membuat laporan polis.

Pihak polis dilaporkan mengambila masa selama tiga jam sebelum berjaya menahan lelaki tersebut selepas dia bertindak mengurung diri di dalam rumah.

Blackwell dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menyimpan 15 senjata api tanpa kebenaran serta cubaan membunuh, melakukan kekerasan dan membahayakan keselamatan orang lain.
Isteri Ditembak Suami Sendiri Kerana Makan Roti Bakar Keju Tanpa Kebenaran Isteri Ditembak Suami Sendiri Kerana Makan Roti Bakar Keju Tanpa Kebenaran Reviewed by Khairuddin Halim on 11:41 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.