Isteri Orang Dicekup Khalwat Bersama Pemandu Bas

tangkap-khalwat

Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang ditangkap ketika sedang berkhalwat dengan seorang lelaki yang juga pemandu bas ekspress dalam satu serbuan di bilik hotel di Melaka.

Ketika disoal siasat Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), wanita yang juga ibu kepada dua anak itu mendakwa kini sedang berdepan dengan masalah rumah tangga dan ingin berkongsi kesedihan yang dialami bersama pemandu bas berkenaan.

Bagaimanapun, Pegawai Penguatkuasaan Jaim, Noraminuddin Azis berkata, pihaknya tidak termakan dengan alasan wanita itu dan akan mendakwa pasangan terbabit kerana berkhalwat.

"Kita akan buka kertas siasatan ke atas mereka," ujarnya.

Dalam serbuan yang sama juga, JAIM berjaya menahan tujuh pasangan khalwat dalam satu operasi cegah maksiat pada awal pagi Isnin.
Isteri Orang Dicekup Khalwat Bersama Pemandu Bas Isteri Orang Dicekup Khalwat Bersama Pemandu Bas Reviewed by Abdul Qayyum on 12:50 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.