Isu TMJ & Annuar Musa, Siapa Di Pihak Yang Benar?

annuar-musa-tmj-mara

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dakwaan yang mengaitkan beliau dengan penyaluran wang Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) kepada pasukan bola sepak Kelantan sebagai sesuatu yang lucu.

"Lucu sangat-sangat. Jawab salah tak jawab salah." Demikian respons Annuar Musa yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya.

Beliau turut mengaskan bahawa Mara tidak pernah menaja The Red Warrior (TRW) walau sesen pun tetapi diberikan penghormatan percuma oleh agensi itu.

"Logo Mara 50 tahun dipamer dilengan Jersi TRW 2016 diberi percuma kepada Mara, walaupun ruangan itu bernilai RM250,000 kalau untuk syarikat Sdn Bhd lain, ianya satu penghormatan kepada Mara dan TRW," tulisnya.

Mengulas mengenai pembabitan UniKL pula, Annuar berkata, universiti swasta tersebut sememangnya sudah lama terlibat dalam penjenamaan dan pemasaran melalui sukan khususnya hoki dan bola sepak.

Ujarnya, selain berperanan sebagai sebuah syarikat swasta, penajaan UniKL terhadap kelab-kelab sukan ini adalah bertujuan untuk menarik perhatian anak muda.

"Mereka punya bajet, dasar dan presedur tersendiri, semuanya tidak melalui paksaan, titah, sabda dan sebagainya," katanya.

Kenyataan Annuar Musa itu turut disokong Netizen.  Khairul Rizal Osman menerusi status akaun Facebooknya berkata, Pelaburan Mara Berhad (PMB) adalah sebuah syarikat pelaburan dan pengurusan asset.

Jelasnya, tidak menjadi masalah atau kesalahan sekiranya syarikat pelaburan itu hendak melabur atau manaja sesiapa sahaja.

"PMB sebagai syarikat pelaburan seperti mana-mana syarikat unit amanah lain mesti telah fikirkan tentang untung rugi dari tajaan tersebut. Tiada konflik kepentingan pun. Lagi satu UniKL pula bukan Universiti Awam. Apa masalahnya? Mana 'pendrive' aku da?", ujarnya.

Pemilik akaun laman sosial itu turut menjelaskan kedudukan Annuar Musa dengan meminta orang ramai supaya merujuk laman web UniKL dan PMB bagi mendapatkan kepastian.

kro-mara-fb

Baru-baru ini, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan kepada pemimpin politik, dipercayai dirujuk kepada Annuar Musa supaya tidak mengambil kesempatan ke atas kemenangan Mohd Faiz Subri.

TMJ turut mendesak orang kuat TRW itu agar tampil memberi keterangan mengenai duit tajaan daripada Pelaburan MARA dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan The Red Warriors (TRW).

Tunku Ismail turut mendedahkan beberapa dokumen berkaitan penyaluran wang tajaan MARA (Pelaburan Mara Berhad) dan UniKL kepada pasukan Kelantan menerusi laman Facebook milik kelab bola sepak dari negeri Selatan tanah air itu.
Isu TMJ & Annuar Musa, Siapa Di Pihak Yang Benar? Isu TMJ & Annuar Musa, Siapa Di Pihak Yang Benar? Reviewed by Abdul Qayyum on 11:23 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni sahaja di sini. Terima kasih

Dikuasakan oleh Blogger.